Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF akan uji kaji langkah tambahan selepas api menyala semula di flat Jurong East

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF akan uji kaji langkah tambahan selepas api menyala semula di flat Jurong East

(Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 23 Aug 2022 10:22AM Dikemas Kini : 23 Aug 2022 10:23AM
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menilai sama ada langkah tambahan diperlukan selepas api menyala semula di flat yang mengalami kebakaran di Jurong East baru-baru ini.

Seorang penghuni maut selepas kebakaran tercetus di sebuah flat di Blok 236 Jurong East Street 21 pada 16 Ogos lalu.
Sehari kemudian, api menyala semula di bilik tidur utama flat yang sama meskipun selepas pasukan bomba SCDF sudah menjalankan operasi untuk memadamkan sebarang saki-baki kebakaran di flat tersebut.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, jurucakap SCDF mengatakan pada Isnin (22 Ogos) bahawa api yang menyala semula adalah sesuatu yang luar biasa.

"Walau apa pun, operasi memadamkan sebarang saki-baki kebakaran di flat itu sangat mencabar kerana seluruh unit mengandungi sejumlah besar serpihan yang terkumpul rapat dari tembok ke tembok," kata jurucakap itu.

"Keselamatan penduduk adalah keutamaan nombor satu bagi SCDF."

Sebagai sebahagian daripada semakan insiden selepas berlaku kebakaran, SCDF akan menilai sama ada lebih banyak langkah diperlukan bagi kebakaran serupa pada masa akan datang sambil
mengekalkan tempat kejadian seutuh mungkin untuk siasatan SCDF.

KAMERA PENGIMEJAN HABA DIGUNAKAN

Operasi memadamkan sebarang saki-baki kebakaran di flat itu dijalankan selama kira-kira lapan jam selepas kebakaran dipadamkan. Ini dinilai perlu sambil mengimbangi keperluan untuk mengekalkan keutuhan tempat kejadian bagi siasatan lanjut," kata jurucakap SCDF.

Sepanjang operasi berkenaan, dua kamera pengimejan haba digunakan untuk mengesan tompok panas bagi membantu pasukan bomba menyasarkan jet air mereka pada kawasan yang terjejas.

Proses penyiasatan kebakaran itu memerlukan kaedah yang sistematik dan berkaedah untuk mengeluarkan lapisan serpihan daripada flat tersebut.

Corak kebakaran akan membantu para penyiasat untuk menentukan punca kebakaran. Bukti yang dikumpul di tempat kejadian akan dihantar untuk analisis makmal bagi menentukan punca kebakaran, kata jurucakap SCDF itu selanjutnya.
Sebanyak 480 kebakaran melibatkan baik rumah persendirian mahupun rumah awam dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 513 sepanjang enam bulan pertama 2021.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan