SCDF akan semak keterangan paramedik berhubung kes lemas kanak-kanak; bercanggah dengan rakaman kamera badan
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah ambulans respons perubatan kecemasan SCDF. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Selasa (5 Mei) menyatakan ia akan menyemak kenyataan seorang paramedik di mahkamah selepas rakaman kamera badan menunjukkan permintaan berulang untuk sijil kelahiran seorang kanak-kanak semasa satu respons kecemasan.
Kes itu berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan akibat lemas di rumahnya pada Jun 2024.
Koroner Negara minggu lalu memutuskan bahawa kematian tersebut adalah satu kemalangan tragis.
Ibu bapanya mendakwa terdapat kelengahan untuk membawa anak mereka ke hospital kerana paramedik berkenaan mahu melihat sijil kelahirannya.
Dalam kenyataan di Facebook, SCDF menyatakan laporan media menekankan perbezaan antara keterangan paramedik di mahkamah dan rakaman kamera badan.
Paramedik itu menafikan dakwaan mengenai kelengahan itu, namun rakaman kamera badan menunjukkan sebaliknya.
“Kami akan menyemak apa yang dinyatakan oleh paramedik itu di mahkamah,” kata SCDF.
SCDF menambah bahawa ia sudah menjalankan semakan dalaman, termasuk meneliti rakaman kamera badan pegawainya menyusuli insiden tersebut.
Ia mendapati paramedik itu meminta sijil kelahiran pada dua masa: ketika kru ambulans tiba di lokasi, dan semasa mereka bersiap sedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital.
“Pada kedua-dua masa tersebut, rawatan perubatan yang diperlukan tetap diteruskan ke atas kanak-kanak itu.”
SCDF juga menarik perhatian bahawa koroner mendapati tindakan mereka adalah sesuai dan tepat pada masanya, dan permintaan sijil kelahiran itu tidak akan mengubah hasilnya.
SCDF bersetuju dengan pemerhatian koroner bahawa paramedik perlu lebih fleksibel dalam situasi kecemasan apabila pesakit perlu dibawa ke hospital secepat mungkin.
Ia menambah bahawa ini adalah prosedur operasi standard (SOP) pihaknya dan semua paramedik dilatih untuk “mengutamakan penjagaan pesakit berbanding pematuhan kepada prosedur pentadbiran”.
“Perkara ini sentiasa ditekankan dan diperkukuh di semua unit kepada semua pegawai kami.”
Memiliki sijil kelahiran atau kad pengenalan boleh “membantu meningkatkan intervensi perubatan dan hasil rawatan” dengan memudahkan akses kepada sejarah perubatan pesakit serta kesinambungan rawatan di hospital, kata SCDF.
“Namun begitu, perkara ini tidak seharusnya menghalang atau melambatkan pemindahan atau rawatan kecemasan yang diperlukan pesakit, dan ini memang merupakan SOP SCDF sejak sekian lama.”
SCDF turut menerima dapatan koroner bahawa komunikasi dengan ibu bapa dalam kes ini boleh dilakukan dengan lebih baik dan tenang.
Ia menambah bahawa petugas kecemasan sering beroperasi dalam keadaan pantas yang memerlukan keputusan segera, dan dalam kes ini, rawatan perubatan tetap diteruskan walaupun sijil kelahiran diminta.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.