Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF 'akan lakukan lebih baik lagi' setelah AGO kesan kelemahan serius

Pasukan Pertahanan Awam Singapura menyatakan bahawa ia akan "melakukan lebih baik lagi" bagi memastikan dokumentasi penyenggaraan kenderaan yang rapi. 

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF 'akan lakukan lebih baik lagi' setelah AGO kesan kelemahan serius

Gambar fail kenderaan dan peralatan SCDF.

Diterbitkan : 18 Jul 2018 08:43AM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 08:45AM

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura menyatakan bahawa ia akan "melakukan lebih baik lagi" bagi memastikan dokumentasi penyenggaraan kenderaan yang rapi. Kenyataan itu dikeluarkan selepas tiga pegawainya didapati mengundurkan tarikh beberapa dokumen - tindakan yang disifatkan SCDF sebagai "serius".

Laporan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) yang dikeluarkan semalam (17 Jul) mendapati tiga pegawai dan kontraktor SCDF mengundurkan tarikh 104 rekod penyenggaraan kenderaan. AGO juga mendapati SCDF membayar S$120,000 kepada kontraktor-kontraktor bagi khidmat-khidmat yang tidak disediakan.

"Lima peratus rekod penyenggaraan mempunyai kesilapan atau kurang dokumentasi yang rapi. Lima peratus ini termasuk rekod kenderaan yang tidak lagi digunakan yang mana dokumen-dokumen berkaitan tidak lagi disimpan," menurut SCDF dalam kenyataannya.

"SCDF akan memastikan dokumentasi dilakukan dengan rapi. Bayaran salah yang dikesan AGO juga sudah diperolehi semula."

Tiga pegawai SCDF yang terlibat dikenakan langkah disiplin atas tindakan "serius" mereka, menurut SCDF. Ia menarik perhatian bahawa para pegawainya tidak berniat untuk meraih sebarang keuntungan dan data yang dikemas kini tepat dan benar.

Dalam pada itu, SCDF menyatakan bahawa meskipun ia menjawab lebih 180,000 panggilan kecemasan pada 2017, kadar kenderaannya yang rosak adalah 0.0007 peratus. Tiada kejadian kenderaan rosak juga semasa menangani insiden bukan kecemasan.

"SCDF sudah menekankan secara jelas kepada semua pegawainya bahawa sedang semua kenderaan perlu disenggara dengan baik, sangat penting untuk memastikan dokumentasi yang rapi," menurutnya lagi.

"SCDF akan memperbaikinya lagi." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan