Skip to main content

Singapura

SCDF akan bunyikan sistem amaran awam pada 1 Feb

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan semboyan tahunan "Pesanan Penting" di seluruh Singapura pada Ahad (1 Feb) pada pukul 3.00 petang.
Anggaran Waktu Membaca:
SCDF akan bunyikan sistem amaran awam pada 1 Feb

Semboyan tahunan "Pesanan Penting" akan dibunyikan di seluruh Singapura oleh SCDF pada 1 Feb tahun ini, berbanding 15 Feb kebiasaannya.

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan semboyan tahunan "Pesanan Penting" di seluruh Singapura pada Ahad (1 Feb) pada pukul 3.00 petang.

Biasanya diadakan pada 15 Februari pada pukul 6.20 petang, perubahan tarikh sekali itu bagi menandakan bermulanya Exercise SG Ready 2026 sempena Hari Pertahanan Mutlak, menurut SCDF pada Rabu (28 Jan).

Exercise SG Ready merupakan latihan tahunan Pertahanan Mutlak bagi meningkatkan tahap kesediaan untuk berdepan krisis dan gangguan.

Latihan itu akan diadakan di beberapa lokasi di merata Singapura antara 1 dengan 15 Februari tahun ini.

Semboyan "Pesanan Penting" selama seminit itu akan dibunyikan melalui semboyan sistem amaran awam, serta selama 20 saat pada semua telefon bimbit yang mempunyai aplikasi mudah alih SGSecure.

Ia kemudian akan disusuli dengan pesanan teks ringkas.

Pemberitahuan dan amaran aplikasi mudah alih SGSecure perlu diaktifkan untuk menerima isyarat dan pesanan teks.

Orang ramai harus segera mendengar mana-mana stesen radio tempatan atau saluran TV Mediacorp untuk mesej ringkas mengenai sistem amaran awam apabila mereka mendengar bunyi semboyan, menurut SCDF.

Sistem amaran awam digunakan untuk memberi amaran tentang serangan dari udara, darat atau laut, serta bencana alam dan buatan manusia yang lain, menurut SCDF di lamannya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita