SCDF akan bunyikan semboyan sistem amaran awam pada 15 Sep
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan semboyan "Pesanan Penting" menerusi sistem amaran awam pada 6.20 petang, 15 September ini.

Kereta bomba SCDF. (Gambar fail: SCDF)
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan semboyan "Pesanan Penting" menerusi sistem amaran awam pada 6.20 petang, 15 September ini.
"Jangan cemas dengan bunyi amaran selama seminit itu," menurut SCDF dalam kenyataan medianya pada Khamis (9 Sep).
Para individu yang sudah memuat turun aplikasi SGSecure juga akan mendengar semboyan tersebut pada telefon bijak mereka jika tidak ditukar ke mod senyap.
Semboyan itu akan dihentikan sebaik sahaja mesej itu diakui atau selepas 20 saat, menurut SCDF.
Ia akan disusuli dengan teks ringkas mengenai semboyan sistem amawan awam itu yang dibunyikan setiap tahun.
Semboyan Pesanan Penting, iaitu salah satu daripada tiga semboyan, dibunyikan untuk memaklumkan para penduduk tentang pesanan penting.
Orang ramai digalakkan mendengar pesanan ringkas itu melalui mana-mana stesen radio atau saluran-saluran televisyen Mediacorp.
Semboyan yang dibunyikan dan pesanan yang disiarkan itu adalah sebahagian daripada usaha SCDF untuk membiasakan orang ramai dengan semboyan-semboyan sistem amaran awam, menurut SCDF sambil menambah bahawa ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana orang ramai harus bertindak apabila mendengar semboyan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.