SBS Transit sangkal dakwaan pemandu bas tidak pandu selamat dalam video
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: YouTube/SG Road Vigilante)
SINGAPURA: SBS Transit pada Khamis (18 Ogos) menyangkal dakwaan online bahawa seorang pemandu basnya tidak memandu dengan selamat dan gagal memberi laluan kepada seorang pejalan kaki di lintasan belang.
Rakaman video kejadian di simpang trafik di Hougang pada Rabu (17 Ogos) dimuat naik di Facebook SG Road Vigilante dan Youtube.
Naib Presiden (gred khas) pengalaman pelanggan dan komunikasi SBS Transit, Cik Grace Wu berkata pada Khamis bahawa rakaman itu "tidak mencerminkan sepenuhnya apa yang berlaku".
Dalam rakaman itu, sebuah bas SBS Transit boleh dilihat melepasi seorang pekerja binaan di tepi jalan.
Bas itu kemudian berhenti di lintasan belang untuk membenarkan seorang pejalan kaki melintas sebelum terus bergerak. Dua pejalan kaki kemudian dilihat menghampiri persimpangan berkenaan selepas itu.
Video itu kemudian menunjukkan pemandu bas berkenaan menjerit ke arah kamera.
Menurut catatan di Facebook dan YouTube tersebut pemandu bas itu gagal memberi laluan kepada seorang pejalan kaki di lintasan belang dan memandu secara berbahaya serta memberi isyarat lucah dengan menunjukkan jari hantunya.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Cik Wu berkata pada Khamis bahawa syarikat itu sudah menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
"Kami ingin menarik perhatian bahawa kapten bas kami tidak memandu dengan berbahaya seperti yang didakwa oleh pemandu kereta privet itu," kata beliau.
"Malah, kapten bas kami berhenti di tempat menyeberang jalan dan memberi laluan kepada pejalan kaki. Dua pejalan kaki dalam video itu masih jauh apabila kapten bas kami bergerak ke hadapan."
Beliau menambah bahawa berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dalam bas, kereta itu berada di kanan bas tersebut apabila kedua-dua kenderaan berhenti di lampu isyarat.
"Pemandu kereta privet itu kemudian bergerak ke hadapan bas itu tanpa sebab yang munasabah dan menekan brek secara tiba-tiba berulang kali walaupun keadaan lalu lintas di hadapan tidak memerlukannya berbuat demikian," kata Cik Wu.
"Dia juga mula menggunakan kata-kata kesat terhadap kapten bas dan ini menyebabkanpertelingkahan berlaku antara kedua-dua pihak".
Beliau menambah bahawa pemandu bas itu sepatutnya kekal tenang "meskipun di dalam keadaan yang provokatif". Syarikat itu akan memberikan "kaunseling dan latihan" supaya pemandu bas itu dapat lakukan dengan lebih baik.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.