SBS Transit pertingkat piawai memandu, lancar program latihan baharu bagi kapten bas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: SBS Transit akan meningkatkan piawaian bagi kapten-kapten bas baharu menerusi satu program latihan yang perlu dijalani mereka dan boleh diselesaikan dalam tempoh kurang sebulan.
Pengendali pengangkutan itu menggunakan teknologi dalam empat bidang utama termasuk keselamatan jalan raya dan pemanduan yang bersikap mempertahankan diri serta khidmat pelanggan.
Sekitar 650 kapten bas akan menjalani latihan setiap tahun di Depoh Bas Ulu Pandan.
Kapten bas akan diletakkan dalam sebuah persekitaran maya yang realistik.
Ia membawakan empat senario berbeza, misalnya, membantu warga emas yang berkerusi roda.
Terdapat empat kamera, yang merakamkan video berdefinisi tinggi dari pelbagai sudut.
Ini termasuk contoh sekiranya pemandu bas menekan brek secara kuat atau meletakkan bas terlalu dekat dengan bebendul jalan.
"Bagi kami, kami mendapati ada lebih banyak sinergi apabila menyatukan semua latihan di depoh Ulu Pandan kerana ia juga lebih dekat dengan latihan teknikal kami untuk teknisyen kami," kata Ketua Eksekutif, Perniagaan Bas, SBS Transit Lim Tien Hock.
Dengan menumpukan semua pusat latihan kami di sini, kami dapat mengoptimumkan dengan lebih baik lagi sumber-sumber kami dan menyediakan latihan bukan sahaja bagi kapten bas tetapi juga teknisyen kami," tambahnya.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.