Skip to main content

Singapura

SBS Transit menang kontrak pakej bas Bukit Merah bernilai S$472 juta

SBS Transit (SBST) mengalahkan lima pembida lain dan berjaya mendapat kontrak untuk terus menjalankan operasi pakej bas Bukit Merah yang dianggarkan bernilai S$472 juta. Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (23 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
SBS Transit menang kontrak pakej bas Bukit Merah bernilai S$472 juta

Pakej bas Bukit Merah merupakan yang keempat di bawah Model Kontrak Pemerintah. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 23 Feb 2018 11:31PM Dikemas Kini : 23 Feb 2018 11:35PM

SINGAPURA: SBS Transit (SBST) mengalahkan lima pembida lain dan berjaya mendapat kontrak untuk terus menjalankan operasi pakej bas Bukit Merah yang dianggarkan bernilai S$472 juta. Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (23 Feb).

Kontrak lima tahun itu bermula dari suku keempat tahun 2018.

Pakej Bukit Merah merangkumi 18 khidmat bas, termasuk dua khidmat rentas sempadan ke Johor Bahru. Semua khidmat bas itu akan beroperasi dari Depot baru Ulu Pandan, yang dijadual diserahkan kepada SBST pada Mac 2018.

Di bawah pakej tersebut, SBST akan terus menguruskan Pusat TTukaran Bas Bukit Merah dan HarbourFront, serta empat terminal bas - Kampong Bahru, Marina Centre, Queen Street dan Terminal Bas Shenton Way.

Related article image

SBST merupakan salah satu daripada enam syarikat yang membuat bidaan tender LTA yang dibuka pada 28 April 2017. Pembida lain termasuk SMRT Buses, Kumpulan syarikat The Go-Ahead Group and Tower Transit Singapore, Shenzhen Bus Group dan konsortium Jiaoyun Group serta Travel GSH.

LTA menyatakan ia lebih memberi pertimbangan kepada mutu daripada harga semasa proses penilaian dijalankan.

SBST diberi kontrak tersebut kerana saranannya menunjukkan pemahaman menyeluruh terhadap pertimbangan-pertimbangan operasi, dan keupayaan yang kukuh dalam penjadualan khidmat basnya yang membolehkan ia mengatur pengerahan bas dan sumber-sumber secara optimal.

"Saranan SBST menunjukkan pengalamannya yang meluas dalam bidang operasi bas, yang menawarkan nilai tinggi bagi harga berpatutan," demikian menurut LTA, yang menambah SBST sudah menyiapkan rancangan luar jangkaan yang komprehensif bagi khidmat rentas sempadannya. SBST juga mempunyai bilangan teknisyen yang besar bagi memastikan tahap penyenggaraan dan piawai tinggi.

Selain itu, SBST mengemukakan huraian-hurain IT yang inovatif dalam penyenggaraan prasarana dan asetnya, serta pengurusan keselamatan, dengan pembangunan beberapa aplikasi mudah alih bagi kakitangannya melaporkan sebarang masalah atau kejadian.

Ia turut membentangkan program pembangunan kerjaya bagi mempertingkat kemahiran kakitangannya, dengan peluang-peluang untuk maju dalam kerjaya mereka.

Pakej bas Bukit Merah merupakan tender keempat yang dibuka di bawah Model Kontrak Pemerintah.

Pakej bas yang pertama di bawah model tersebut, di Bulim, diberi kepada Tower Transit dari London selepas mendapat 11 tawaran apabila tender ditutup.

LTA memberi kontrak pakej bas kedua di Loyang kepada sebuah lagi pengendali pengangkutan dari Britain, Go-Ahead Group, selepas menerima 10 tawaran.

SBS Transit memenangi tender bagi pakej bas ketiga di Seletar. Sembilan tawaran diterima bagi tender tersebut.

Pakej bas Bukit Merah merupakan yang pertama daripada 11 pakej yang dirundingkan di bawah model kontrak bas.

Buat masa ini, pakej-pakej bas dikendalikan SBS Transit dan SMRT Buses. Namun tender akan dibuka secara berperingkat bagi pakej-pakej tersebut.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita