Skip to main content

Singapura

SBS Transit guna AI urus masa perjalanan MRT; dijangka jimat tenaga dan cegah gangguan

Anggaran Waktu Membaca:
SBS Transit guna AI urus masa perjalanan MRT; dijangka jimat tenaga dan cegah gangguan

Gambar: Wikipedia

Diterbitkan : 24 May 2023 07:51PM
SINGAPURA: Para penumpang Laluan Timur Laut (NEL) boleh menjangkakan perjalanan lebih hijau dan andal tahun depan.

Ini hasil beberapa huraian baru seperti anjing robotik untuk memeriksa kereta api dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menguruskan masa perjalanan MRT.

SBS Transit menganggarkan langkah-langkah tersebut akan dapat menjimatkan tenaga dan mencegah gangguan.

Masalah-masalah kecil seperti skru hilang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan pengesanan awal dapat mencegah gangguan perkhidmatan.

Tambah SBS Transit, anjing robotik itu juga membolehkan para teknisyen mengendalikan tugasan lebih rumit.

Ini sebaliknya menjimatkan kos, tenaga kerja dan sumber.

Ia merupakan salah satu huraian yang dilancarkan bersama syarikat pengilangan Perancis, Alstom.

Selain robot, mereka juga sedang menggunakan kaedah pencetakan 3D untuk menghasilkan alat gantian kereta api di dalam negeri.

Ini sekali gus mengurangkan keperluan untuk kiriman udara atau laut.

Ia juga mengurangkan jejak karbon.

AI juga digunakan untuk mengoptimumkan lagi jadual MRT.

Dengan memastikan kereta api tiba dan berlepas dengan tepat, kereta api boleh memanfaatkan sisa tenaga kinetik yang ditinggalkan kereta api yang sedang berhenti di landasan.

Baki tenaga yang dapat dijimatkan boleh mencapai 3,000 megawatt sejam setiap tahun atau bernilai sekitar S$1 juta dari segi penjimatan tenaga.

SBS Transit menambah beberapa inovasi ini akan dilaksanakan di Laluan Timur Laut (NEL) menjelang suku pertama tahun depan.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita