Skip to main content

Singapura

SBS Transit buat laporan polis tentang insiden ludah butang lif stesen LRT

Pengendali pengangkutan SBS Transit membuat laporan polis mengenai air ludah yang ditemui di butang-butang lif sebuah stesen LRT.

Anggaran Waktu Membaca:
SBS Transit buat laporan polis tentang insiden ludah butang lif stesen LRT

(Gambar: SBS Transit)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 03:21PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 03:24PM

SINGAPURA: Pengendali pengangkutan SBS Transit membuat laporan polis mengenai air ludah yang ditemui di butang-butang lif sebuah stesen LRT.

Dalam satu catatan Facebook pada Khamis (20 Feb), SBS Transit menyatakan insiden itu berlaku di stesen LRT Rumbia, di sistem LRT Sengkang East.

Pengendali pengangkutan itu telah membersihkan lif itu daripada kuman.

SBS Transit menyifatkannya sebagai perbuatan jijik dan lebih daripada sekadar perbuatan nakal.

Singapura sedang berusaha menangi penularan COVID-19 sejak kes pertama dikesan pada 23 Jan.

Dengan 85 kes jangkitan disahkan sehingga 20 Feb, Singapura menyaksikan tindakan pembelian bekalan secara panik di pasar raya serta harga berlebihan bagi pelitup, termometer dan bahan pembasmi kuman. Pemerintah telah menggesa orang awam supaya bersikap tenang dan memberi jaminan bahawa pihaknya sedang mengambil langkah proaktif bagi memastikan bekalan perlu mencukupi.

SBS Transit meminta orang ramai supaya mengamalkan tabiat kebersihan diri yang baik dan bersikap bertanggungjawab terhadap para penumpang lain.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita