SBS Transit buat laporan polis, pemandu Mercedes bertindak 'samseng' terhadap kapten bas
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkap layar Facebook/Roads.Sg
SINGAPURA: Syarikat bas SBS Transit membuat laporan polis terhadap seorang pemandu kereta yang melontar kata-kata kesat terhadap seorang kapten bas syarikat itu.
Video yang dimuatnaik Roads.Sg pada Ahad (6 Nov), menunjukkan seorang pemandu kereta Mercedes-Benz yang dikenali sebagai Teo Kian Chin, 42 tahun, sedang bersemuka dengan kapten bas SBS berkenaan.
Dia juga dilihat merampas telefon bimbit kapten bas itu dan kemudian melontarnya ke jalan raya.
Menjawab pertanyaan Mediacrop, Cik Grace Wu, Naib Presiden SBS Transit bagi pengalaman pelanggan dan komunikasi berkata kejadian itu berlaku di Flora Drive pada hampir tengah malam, 31 Oktober.
Bas itu telah berhenti untuk membolehkan penumpang turun dan naik.
Namun, ketika bas itu cuba bergerak meninggalkan perhentian bas itu, kapten bas mendapati sebuah kereta menghadang laluannya.
"Kapten bas itu membunyikan hon namun kereta itu tidak bergerak. Sebaliknya, pemandu kereta itu keluar dari kenderaannya dan berteriak ke arah kapten bas tersebut dan menghentak bahagian tepi bas berkenaan," kata Cik Wu.
Pemandu kereta itu kemudian masuk ke dalam kenderaannya dan bergerak meninggalkan tempat itu selepas mengeluarkan kata-kata kesat ke arah kapten bas kami, tambah beliau.
Dia kemudian berhenti tidak jauh dari situ dan berjalan semula ke arah bas itu, menekan butang pintu kecemasan di tepi kenderaan dan menaiki bas tersebut. Dia kemudian memekik ke arah kapten bas itu sekali lagi, kata Cik Wu.
Dia juga merampas telefon bimbit yang digunakan kapten bas itu, tambah beliau.
"Seorang wanita yang mungkin penumpang dalam kereta itu dan kelihatan seperti mengenali lelaki berkenaan turut menaiki bas dan berjaya memujuknya untuk turun dari bas," tambah Cik Wu.
Ketika berjalan semula ke keretanya, lelaki itu mencampak telefon bimbit milik kapten bas itu ke jalan raya.
Cik Wu berkata kapten bas serta pusat kawalan operasi SBS Transit sedang berkomunikasi sepanjang kejadian itu.
Mereka kemudian menelefon polis untuk mendapatkan bantuan.
"Kami memandang serius akan kejadian ini kerana kapten bas kami sedang menjalankan tugas dalam menyediakan perkhidmatan penting.
"Kami tidak akan bertolak ansur terhada sebarang tindakan mengganggu, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kapten bas kami dan sudah membuat laporan polis terhadap pemandu kereta itu," kata Cik Wu.
Jika didapati bersalah, Teo boleh didenda sehingga S$2,000.
Dia ditahan reman pada Sabtu (5 Nov) dengan ikat jamin ditetapkan sebanyak S$5,000. Dia akan kembali ke mahkamah pada 2 Disember.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.