Sazali Ismail dapat kembali bekerja melalui Program Hospital-ke-Kerja SG Enable
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Nurfazirah Azman) Encik Sazali Ismail.
SINGAPURA: Sebagai seorang rakan perjalanan atau 'Travel Buddy' SBS Transit, Encik Sazali Ismail, 62 tahun, memberikan sokongan kepada para penumpang di Pusat Pertukaran Bas Boon Lay.
"Hari-hari saya melakukan pemeriksaan, jaga kawasan pusat pertukaran bas dan yang kedua, saya membantu dan menjaga para penumpang. Kadang kala ada penumpang yang tidak ikut arahan, tidak beratur, serbu masuk. Jadi saya jaga. Jadi sekarang semua sudah ikut undang-undang, baik yang tua mahupun yang muda, semua sudah ikut arahan," kata Encik Sazali kepada wartawan Nurfazirah Azman.
Beliau juga membantu golongan kurang upaya (PWD) yang memerlukan bantuan dalam perjalanan mereka.
"Saya akan bantu untuk orang yang cacat lain, jangan cakap yang berkerusi roda, yang naik skuter, yang buta pun saya bantu. Kadang-kadang dari pusat pertukaran bas ini ke stesen MRT," kongsi beliau.
Selain itu, Encik Sazali, yang menggunakan alat bantuan mobiliti turut melakukan rondaan untuk mengenal pasti individu atau objek yang mencurigakan, dan melaporkan sebarang insiden seperti infrastruktur rosak, lantai basah, kemalangan.
KEHILANGAN DUA-BELAH KAKI AKIBAT PENYAKIT
Kedua-dua belah kaki Encik Sazali terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman sepuluh tahun lalu.
Selain itu, beliau juga menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Selepas itu beliau tidak boleh lagi bekerja sebagai seorang penghantar barangan dan menjadi pembungkus makanan dan penjaga bekalan.

PROGRAM HOSPITAL-KE-KERJA (H2W) SG ENABLE
Encik Sazali dirujukkan kepada Program Hospital-ke-Kerja (H2W) SG Enable pada 2022.
Secara purata, hampir 80 individu kurang upaya mendaftar dalam program H2W SG Enable setiap tahun.
Program H2W itu dilancarkan pada 2020 dan bertujuan untuk membantu individu yang hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit kronik kembali bekerja.
"Selepas kecederaan itu, memang kata orang itu tertekan kerana apa kita fikir, macam mana kita hendak cari kerja yang pertama. Yang kedua, kita pergi mencari kerja secara online, mereka kalau boleh tidak mahu kami yang kurang upaya. Jadi dari situ kita ada masalah," luah Encik Sazali.
Di bawah program itu, beliau menyertai program pensijilan SkillsFuture dalam bidang Makanan dan Minuman (F&B) dan Khidmat Pelanggan.
Selepas itu, beliau menyertai sebuah syarikat F&B selama empat tahun sebagai pereka menu.
Lapan bulan lalu, beliau mendapat tawaran untuk menyertai SBS Transit.
"Dalam program H2W, kami bekerja dengan majikan untuk berbincang tentang jenis pekerjaan yang boleh dilakukan oleh mereka yang kurang upaya.
"Antara cabaran seseorang yang hilang upaya juga berbeza dengan seseorang yang lahir cacat anggota. Masa akan menjadi sebuah faktor untuk mereka kembali bekerja kerana beberapa individu belum menerima kenyataan bahawa mereka kurang upaya," jelas Pengurus Peralihan ke Kerja, Pekerjaan & Kebolehkerjaan, SG Enable, Andre Chia.
Peserta program H2W akan menjalani latihan kemahiran dan latihan mobiliti serta rehabilitasi untuk kembali bekerja.

SG ENABLE JUGA BIMBING PARA MAJIKAN
Lebih 4,000 syarikat dalam sektor privet dan awam menyertai program H2W dan menawarkan pelbagai jenis pekerjaan menerusi portal pekerjaan "Employment Disability" SG Enable.
SG Enable juga bekerja rapat dengan para majikan yang menyertai program itu tentang cara menyepadukan proses pekerjaan bagi mereka yang diambil melalui program H2W.

Ia juga bekerja rapat dengan Abilities Beyond Limitations and Expectations (ABLE) dan Persatuan Cacat Anggota (SPD).
"Inisiatif kami memberi sokongan kepada majikan pada peringkat berbeza dalam perjalanan pengambilan pekerja yang inklusif. Jadi kami membantu melengkapkan majikan dengan pengetahuan melalui kursus dan juga bengkel kami," kongsi Encik Andre.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.