Skip to main content

Singapura

Sayap wanita PAP disusun semula; Rahayu Mahzam dilantik Naib Pengerusi

Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) kini menjalani perubahan struktur bagi menajamkan lagi perjuangannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Sayap wanita PAP disusun semula; Rahayu Mahzam dilantik Naib Pengerusi

Cik Rahayu Mahzam dilantik sebagai Naib Pengerusi sayap wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP). (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) kini menjalani perubahan struktur bagi menajamkan lagi perjuangannya.

Empat bidang tumpuan baharu kini diadakan bagi memperjuangkan isu-isu seperti kesihatan wanita, kerjaya dan keselamatan.

Langkah tersebut bertujuan membantu para Anggota Parlimen (AP) PAP mencerminkan dengan lebih baik lagi suara-suara berbeza dan mewakili keperluan wanita di Parlimen.

Semua itu dilakukan sedang Parlimen kini mempunyai 32 AP wanita, dengan aktivisme di lapangan juga semakin meningkat.

Lantaran itu, Sayap Wanita PAP percaya, ada peluang untuk meluaskan lagi perjuangannya.

Empat bidang tumpuan baharu itu ialah Kerjaya dan Kepimpinan; Kesihatan dan Kesejahteraan; Keselamatan dan Penghormatan; serta Kitaran Kehidupan.

Cik Rahayu Mahzam berkata: "Saya gembira dilantik sebagai Naib Pengerusi untuk meneruskan usaha-usaha yang telah kita jalankan.

"Saya rasa bersesuaianlah untuk kita mengemas kini rangka kerja dan struktur kita untuk kita menjadi lebih fokus kepada isu-isu dan trend-trend yang menjadi kebimbangan wanita.

"Khususnya untuk masyarakat Melayu/Islam, wanita Melayu Islam sebenarnya mempunyai isu-isu yang serupa dengan wanita serata Singapura."

Cik Rahayu menambah bahawa isu seperti penjagaan, keluarga, isu-isu seperti pekerjaan, adalah sesuatu yang dekat di hati mereka.

"Jadi kita juga harus lihat bagaimana kita dapat mendekati golongan-golongan ini mungkin dengan cara yang lebih khusus," jelasnya.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita