Sayap utara Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dibuka semula
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sayap utara Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dibuka semula selepas kerja-kerja tiga tahun setengah.
Terminal itu kini boleh mengendalikan 28 juta penumpang setahun, tambahan lima juta penumpang.
16 syarikat penerbangan akan menawarkan perkhidmatan mulai bulan depan.
Orang ramai boleh menjangkakan proses lebih cepat dengan lebih banyak kios "check-in" dan "bag drop" selain laluan imigresen secara automatik.
Terminal 2 juga adalah yang pertama di Changi dilengkapi laluan bantuan khas secara automatik di kedua-dua dewan keberangkatan dan ketibaan.
Sistem bagasi juga telah dinaik taraf untuk mengendalikan lebih banyak beg.
Prasarana baru dan pilihan menjamu selera akan diperkenalkan dalam minggu-minggu mendatang.
Terminal 2 akan dibuka sepenuhnya menjelang hujung bulan hadapan.

Sumber : CNA/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.