Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sayap belia DPPMS anjurkan acara bolehkan usahawan muda Melayu/Islam kongsi pengalaman, luaskan rangkaian

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekumpulan usahawan muda Melayu/Islam dapat menimba ilmu dan berkongsi pengalaman hari ini menerusi satu inisiatif oleh sayap belia Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Acara 'Aspire Connect' yang diadakan pada Khamis (10 Okt) itu menghimpunkan sekitar 100 usahawan dan pemimpin muda berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Ia membolehkan mereka untuk meluaskan lagi rangkaian kenalan dalam bidang perniagaan.

"Maklumat yang saya ambil daripada ini ialah pelajaran-pelajaran daripada orang-orang yang sudah lama membuat ini perniagaan," kata Encik Alfian Osman yang juga merupakan Pengarah Bibty Design.

Dengan adanya inisiatif ini, para peserta juga boleh meluaskan rangkaian mereka dalam bidang perniagaan dan meraih inspirasi daripada kisah-kisah kejayaan yang dikongsi oleh usahawan muda lain dalam satu sesi perbincangan.

Antara yang berkongsi kisah dan pengetahuan ialah pengasas Cheekies, Nabill Shukry dan pemilik Flamboyant Goons, Kai Emilio.

"Harapan kami untuk acara ini adalah agar peserta dapat mengambil pelajaran berharga dan pandangan berguna daripada perbincangan bersama panelis usahawan muda," kongsi Pengerusi DPPMS Aspire, Syahiran Rohajat.

Sayap belia DPPMS itu juga merancang untuk menganjurkan lebih banyak acara untuk golongan tersebut.

"Kami merancang untuk menganjurkan siri bengkel dan sesi latihan, termasuk perbincangan santai, yang menumpukan kepada kemahiran penting seperti perancangan perniagaan, pemasaran dan pengurusan kewangan yang akan dikendalikan oleh pemilik perniagaan terkenal," ujar Encik Syahiran.

Ini juga merupakan kali pertama acara ini diadakan secara fizikal.

Sebelum ini, ia diadakan secara online akibat COVID tiga tahun lalu.
Sumber : BERITA Mediacorp/SA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan