'Saya pilih untuk hadapinya dan teruskan hidup': Perenang Teong Tzen Wei mula lembaran baru setelah terpalit dadah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SportSG/Andy Chua
SINGAPURA: Ada kalanya, perenang Singapura Teong Tzen Wei berkata beliau berasa seakan-akan berada di tengah-tengah ribut.
Pada September lalu, Sport Singapore (SportSG) menamakannya sebagai perenang negara ketiga, selain Joseph Schooling dan Amanda Lim, disiasat bagi kesalahan berkaitan dengan dadah.
Ketiga-tiga mereka mengaku mengambil dadah terkawal di luar negara, tetapi mereka diuji negatif semasa siasatan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB), menurut SportSG sebelum ini.

Selain diletakkan di bawah perhatian dan penelitian masyarakat, terdapat juga ketidakpastian berhubung sekatan yang mungkin dikenakan terhadapnya oleh badan-badan sukan.
Meskipun demikian, atlit berusia 25 tahun itu memutuskan untuk memulakan lembaran yang baru.
Pada Rabu (12 Apr), tatkala diaju beberapa soalan daripada Mediacorp mengenai kontroversi dadah itu, Teong berkata beliau berdepan dengan cabaran paling sukar semasa tempoh tersebut.
Teong juga memberitahu dirinya sendiri supaya mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.
"Ini agar satu hari nanti, saya boleh memberitahu orang - saya melalui tempoh yang sulit, awak pun boleh jadi lebih baik."
SportSG mengeluarkan surat amaran kepada Teong, Schooling dan Lim, dan menggantung sokongan kepada ketiga-tiga perenang itu selama sebulan. Ia bermakna ketiga-tiga atlit di bawah skim prestasi tinggi tidak akan menerima geran bantuan latihan atau akses kepada kemudahan-kemudahan sains sukan dan perubatan sukan.
Teong berkongsi dia sememangnya seorang yang positif.
Beberapa bulan kemudian, Teong menduduki tempat keempat dalam peringkat akhir acara 50 meter gaya kupu-kupu di Kejohanan Renang Dunia FINA 2022 di Melbourne. Masa yang dicatatkan iaitu 22.01 saat, sama seperti rekod Asia yang dicatatkannya semasa dalam pusingan saringan sehari sebelumnya.

"Saya mungkin tidak mencapai matlamat saya untuk memecahkan rekod dunia, tetapi saya rasa saya boleh katakan yang saya mencapai perkara yang kebanyakan orang mungkin elak," ujarnya.
Sejak Disember tahun lalu, Teong dilihat lebih aktif di Instagram, berkongsi gambar dan video sesi latihan, senaman serta pendekatannya terhadap sukan renang.
Meskipun perenang tersebut tidak pernah menganggap dirinya sebagai tokoh yang dikenali sebelum ini, Teong kini memahami personanya itu boleh memberi inspirasi kepada orang lain.
LEMBARAN BARU
Teong kini sedang melakukan persiapan bagi temasya Sukan SEA di Kemboja.
Menurutnya ia bulan satu perjalanan yang mudah, bahkan tempoh latihan yang lebih lama mengambil masa sekitar 18 minggu.
"Dari segi persiapan, ia agak sukar. Secara terus-terang, saya masih sedang perlahan-perlahan berusaha untuk sampai ke peringkat puncak, "kata Teong.
Perenang Singapura itu akan beraksi di temasya tersebut sebagai juara bertahan acara gaya kupu-kupu 50 meter dan acara gaya bebas 50 meter, setelah mencatat rekod di kedua-dua acara tersebut tahun lalu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.