"Saya patut bertindak lebih awal" selepas ketahui hubungan sulit AP PAP, kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (2 Ogos) berkata bahawa apabila difikirkan semula, selepas mengetahui tentang hubungan sulit antara bekas penggubal undang-undang Tan Chuan-jin dan Cheng Li Hui, beliau sepatutnya "bertindak terhadap isu itu lebih awal" daripada "terlalu memikirkan" untuk melindungi keluarga mereka.
"Dengan memberi lebih banyak masa kepada isu itu, saya berharap untuk memberi mereka ruang berundur secara baik, dan menyelamatkan mereka serta keluarga mereka daripada disakiti atau dimalukan seperti yang berlaku sekarang," kata PM Lee kepada Dewan, semasa menyampaikan kenyataan menteri di parlimen.

PM Lee memberitahu Dewan pada Rabu: "Saya ditanya: Mengapa saya mengambil waktu yang lama, lebih dua tahun, untuk bertindak? Ia adalah soalan yang wajar.
"Apabila difikirkan semula - dan tentu sekali pada masa ini, selepas mengetahui bagaimana semuanya terungkai - saya setuju. Saya sepatutnya bertindak lebih awal untuk menangani isu itu."
PM Lee berkata bahawa hubungan seperti itu "berlaku dari masa ke semasa" dan pastinya ia akan berlaku lagi pada masa hadapan.
Dalam kes sedemikian, cara Parti Tindakan Rakyat (PAP) bertindak bergantung kepada beberapa faktor: Keadaan, sejauh mana tidak wajar atau serius perbuatan tersebut dan keadaan keluarga. Parti itu juga harus sedar terhadap kesannya ke atas pihak yang tidak bersalah, terutama sekali pasangan dan anak-anak, tambah PM Lee.
PM Lee berkata, meskipun tiada satu cara tertentu ketika menangani isu hubungan sulit, terdapat sekurang-kurangnya tiga situasi.
Dalam situasi pertama di mana individu terbabit dinasihatkan dan jika mereka menghentikan hubungan itu, ia berakhir ketika itu dan tiada tindakan lanjut akan diambil, kata PM Lee.
"Situasi kedua, dimana tindakan segera harus diambil. Sebagai contoh, apabila satu pihak mempunyai kuasa penyeliaan ke atas pihak satu lagi. Kami pernah sebelum ini mengambil tindakan segera dalam beberapa kes," tambahnya.
"Situasi ketiga, di mana hubungan itu menimbulkan persoalan terhadap perbuatan yang tidak wajar, selain hubungan sulit, sebagai contoh. Pihak terbabit akan dinasihatkan, namun perkara itu tidak berakhir ketika itu."
"Walaupun hubungan sulit itu sudah berakhir, beberapa langkah lanjutan harus diambil, namun jenis tindakan yang diambil dan bila ia diambil, bergantung kepada fakta dan batas yang dilanggar."
PM Lee berkata hubungan sulit Encik Tan dan Cik Cheng berada dalam kategori ketiga.
"Jika hubungan sulit itu dihentikan, saya akan meminta Encik Tan untuk meletak jawatan sebagai Speaker sebelum tempohnya berakhir, tetapi dengan cara yang tidak memalukannya serta keluarganya," kata PM Lee.
"Mengenai sama ada salah satu daripada mereka atau kedua-duanya patut meletak jawatan sebagai AP, saya belum membuat keputusan ketika itu, namun berkemungkinan tinggi kedua-duanya harus meletak jawatan pada satu masa nanti'"
PM Lee juga memberitahu Dewan, meskipun ternyata Encik Tan dan Cik Cheng berkelakuan tidak wajar, anggota keluarga yang tidak bersalah juga terlibat.
"Seperti kes melibatkan bekas anggota (parlimen) pembangkang, Parti Pekerja (WP). Semua anggota keluarga mereka juga terjejas," kata PM Lee.
Dua hari selepas Encik Tan dan Cik Cheng meletak jawatan, anggota kanan WP Leon Perera - yang merupakan AP GRC Aljunied - dan Nicole Seah juga meletak jawatan daripada parti pembangkang berkait isu hubungan sulit.
PM Lee menambah: "Saya berharap para AP dan orang awam boleh bersikap empati dan belas ihsan kepada anggota keluarga tersebut dan memberikan mereka privasi serta ruang yang diperlukan untuk pulih."

Sumber : CNA/NK/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.