'Saya buktikan mereka salah': 3 kali keluar masuk penjara, bekas pesalah ini sedang buru ijazah sarjana
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Raydza Rahman/CNA
SINGAPURA: Mohamad Fairizal Jaffar dipenjarakan buat pertama kali ketika berusia 17 tahun kerana mengambil dadah.
Hukuman penjara selama 16 bulan "tidak banyak memberi kesan kepadanya ketika itu.
Dia dikenakan hukuman penjara sebanyak dua kali dalam tempoh 14 tahun seterusnya. Tetapi di tengah-tengah pergolakan dalam kehidupannya, dia meneruskan pengajian dan aspirasi kerjaya, yang akhirnya dia memperoleh diploma dan memegang pekerjaan tetap sebagai eksekutif operasi logistik.
Bantuan kewangan untuk Fairizal, yang kini berusia 40 tahun, disumbangkan oleh Projek Reben Kuning, yang akan meraikan ulang tahunnya yang ke-20 pada Oktober tahun ini.
Inisiatif tersebut bermatlamat untuk membantu bekas banduan berintegrasi semula dan pulang ke pangkuan masyarakat, dengan bantuan dihulurkan daripada masyarakat yang lebih luas.
APABILA "TERBAIK MASIH BELUM CUKUP"
Sebagai pelajar Menengah Satu di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, Fairizal menjadi mangsa buli oleh beberapa rakan sekolah yang lebih tua daripadanya.
"Ada kalanya saya datang ke sekolah, dan mereka sudah berada di luar bilik darjah saya menunggu saya," katanya.

Ketakutan untuk pergi ke sekolah setiap hari menyebabkan Fairizal bergaul dengan anggota kumpulan samseng di kawasan kejiranannya. Dan mereka akhirnya pergi ke sekolahnya untuk bersemuka dengan pembulinya.
“Budak-budak sekolah menengah atas berjabat tangan dengan saya dan semuanya sudah diselesaikan sejak itu. Saya berasa sangat hebat. Itulah kuasa mempunyai para kenalan seperti itu,” kata Fairizal.
Sedang dia mencari rasa kekitaan dalam kumpulan itu, dia memasang tatu pertamanya ketika berusia 15 tahun.
Pada usia 21 tahun, Fairizal dihukum penjara sekali lagi, kali ini selama lima tahun dan sebulan, kerana mengedar dadah. Dia juga dirotan sebanyak lima kali.
Sekalipun menjalani hukuman penjara, Farizal dibenarkan melanjutkan pelajarannya, dengan kelayakan tertingginya ketika itu ialah Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), dan Farizal memutuskan untuk melanjutkan pelajarannya di penjara.
Dia berjaya mendapat gred "sangat baik" untuk Peperiksaan GCE O, yang membolehkannya melanjutkan pelajaran di politeknik selepas dibebaskan lebih awal pada 2009.
Kerana dia tidak stabil dari segi kedudukan kewangan dan juga berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, Fairizal memohon bantuan daripada Projek Reben Kuning untuk membiayai kursus diploma Teknologi Marin dan Luar Pesisir di Politeknik Ngee Ann.
"Reben Kuning sebenarnya membiayai saya 100 peratus untuk pendidikan saya," katanya.
Berjaya ke politeknik merupakan satu pencapaian buat Fairizal, yang sentiasa melihat dirinya tidak pandai dalam pelajaran dan tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap apa yang akan berlaku kelak.
Ketika itu, Fairizal belajar sepenuh masa pada siang hari dan bekerja pada sebelah malam, akhirnya menjadi 'bouncer' di sebuah kelab malam - yang menurutnya, jika dilihat semula, adalah keputusan yang tidak baik.
"Persekitaran dalam kelab malam tidak begitu positif. Jadi, sebenarnya saya boleh pergi ke industri lain, mungkin perhotelan sebagai contoh," katanya.
Dua tahun kemudian, dia sekali lagi meringkuk dalam penjara, kali ini di bawah undang-undang yang membenarkan pemerintah menahan tanpa perbicaraan sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah, terutamanya kumpulan kongsi gelap dan samseng.
Dia didapati bersalah atas tujuh tuduhan, termasuk merusuh dengan senjata berbahaya dan mengumpul wang perlindungan.
“Saya sebenarnya berasa putus asa ketika itu, kerana saya percaya selepas meringkuk dalam penjara buat kali kedua, saya sebenarnya memberikan yang terbaik, tetapi yang terbaik tidak mencukupi. Segala usaha saya sia-sia sahaja,” kata Fairizal.
Kali ini, tiada tarikh dibebaskan dari penjara. Empat tahun kemudian, apabila dia akhirnya diberitahu bahawa dia akan dibebaskan, semua yang dia rasakan hanyalah kegembiraan dan kegelisahan.
"Saya tidak tahu sama ada saya cukup kuat untuk mengatasi cabaran yang akan dihadapi saya di luar sana kelak."
HIDUP DI LUAR PENJARA MENCABAR
Selepas dibebaskan daripada penjara buat kali ketiga - yang juga buat kali terakhir -, Fairizal tidak tahu industri mana yang ingin diceburinya, tetapi dia mahukan pekerjaan yang stabil.
Dia bekerja sambilan sebagai pencuci pinggan di Shangri-La Singapore, sambil mencari pekerjaan sepenuh masa.
Seorang rakan menyarankan kepadanya untuk bekerja dalam firma logistik, di mana dia akhirnya bermula sebagai seorang pemandu. Gajinya rendah tetapi ia adalah kehidupan yang jujur, kata Fairizal.
Dia sudah bekerja dengan syarikat itu selama sembilan tahun, yang kemudian dinaikkan pangkat kepada penyelia dan kini sebagai seorang pengurus.

"Mendapatkan pekerjaan yang stabil masih menjadi halangan dan hambatan bagi bekas pesalah seperti Fai, kerana stigma sosial terhadap rekod jenayah sering menghadkan peluang pekerjaan, dan boleh membawa kepada diskriminasi oleh majikan yang prihatin terhadap risiko dan persepsi negatif terhadap bekas pesalah," kata Penolong Superintendan (ASP) Soh Chi Yiong, ketua pasukan Unit Pemulihan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).
Pada awal kerjaya ASP Soh selama 21 tahun, beliau pernah bertanya kepada pesalah berulang sebanyak empat kali itu mengapa dia terus meringkuk dalam penjara.
"Saya agak baru, saya agak naif, jadi pertanyaan saya ialah, 'Adakah anda sangat menikmati penjara sehingga anda suka datang ke sini dengan kerap? Adakah kerana disediakan makanan percuma?’ Saya ingin memahami apakah punca yang menyebabkannya melakukan kesalahan."
Jawapan yang diberikan masih terpahat dalam sanubarinya sampai ke hari ini.
Fairizal memberitahu ASP Soh bahawa walaupun tiada siapa pun yang mahu meringkuk dalam penjara, dia "benar-benar tidak dapat bertahan di luar penjara".
Setiap kali Fairizal mencari pekerjaan selepas dibebaskan, majikan yang mengetahui tentang rekod jenayahnya tidak akan menghubunginya. Keluarganya juga tidak menyokongnya kerana mereka tidak lagi mempercayainya selepas beberapa kali menjalani hukuman penjara.
Dengan tiada sesiapa untuk meminta bantuan, Fairizal kembali kepada kehidupan jenayah untuk kelangsungan hidup, menurut ASP Soh, walaupun beliau juga menyatakan bahawa kadar banduan bentan di Singapura kekal sebagai antara yang terendah di peringkat antarabangsa iaitu kira-kira 20 peratus.

ASP Soh berkata beliau jarang melihat banduan sedemikian sejak Projek Reben Kuning diperkenalkan.
Sebaliknya, banduan telah mendekatinya untuk bertanya tentang kelas dan bengkel untuk mereka menimba kemahiran baharu dan mencari pekerjaan selepas dibebaskan.
Jumlah majikan yang menyokong Projek Reben Kuning dengan menggajikan bekas pesalah juga telah meningkat daripada 1,381 pada 2004 kepada 6,516 pada tahun lalu.
Fairizal memberitahu Mediacorp bahawa bekas pesalah boleh mengatasi stigma - jika mereka diberikan peluang.
“Ambil saya, sebagai contoh. Saya penuh dengan tatu. Pada mulanya masyarakat mempunyai pemikiran negatif terhadap penampilan saya dan sikap saya, tetapi saya berjaya membuktikan mereka salah,” dedah Fairizal.
MENERUSKAN PERJALANANNYA MEMBUKA LEMBARAN BAHARU
Selepas menerima bantuan kewangan untuk memperolehi diploma beberapa tahun yang hulu, Fairizal kini ingin melanjutkan pelajarannya, sekali lagi dengan bantuan daripada Projek Reben Kuning.
Inisiatif itu telah bersetuju untuk menampung separuh daripada yuran kursus diploma siswazah dalam jurusan pentadbiran perniagaan.
“Sehingga hari ini, mereka masih menyokong saya,” katanya.
Fairizal kini sedang mencari sekolah yang sesuai, dengan harapan dia akhirnya akan dapat menggenggam ijazah sarjana.
Dari segi kemajuan peribadi pula, Fairizal juga menyumbang semula kepada masyarakat dengan mengadakan kira-kira empat ceramah motivasi setiap tiga bulan, di sekolah-sekolah dan penjara.
Dia juga sentiasa berhubung dengan rakan-rakan lama dan cuba mendorong mereka supaya membuang najis dadah dan tidak menganggotai kumpulan samseng.
"Saya memberitahu mereka, 'Percayalah, sebaik sahaja anda mencapai sesuatu seperti kerjaya yang baik dan pendapatan yang stabil, pada masa itu anda akan mempunyai ketakutan untuk melibatkan diri dengan masalah, kerana anda akan kehilangan semua itu'," kata Fairizal.
Sesetengah daripada mereka sudahpun berhasil mendapat pekerjaan melalui bantuannya, dan sudah menjauhkan diri daripada masalah itu.
“Jika kita pergi ke kelab, mereka akan beritahu saya, ‘Fai, kalau ada apa-apa masalah, saya balik dulu. Saya tidak mahu terlibat kerana esok saya perlu bekerja’,” katanya.
“Mereka tahu jika apa-apa berlaku pada mereka, pekerjaan mereka akan hilang. Mereka mula menghargai benda yang mereka ada.”
Fairizal mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia tujuh bulan.
Dia bimbang anak-anaknya mungkin tumbang kepada pengaruh sama yang dialaminya semasa remaja. Namun, dia berhasrat untuk memberi mereka ruang untuk membesar tanpa terlalu mengongkong kerana dia merasakan bahawa kehidupan sebahagiannya adalah untuk belajar daripada kesilapan.
"Pada masa yang sama, saya akan memantau mereka dengan teliti," katanya. "Hanya untuk memastikan mereka tidak terjebak dengan kancah yang merugikan."

Sumber : CNA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.