Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Saya buat kesilapan dan saya terima padahnya," luah Schooling susuli keputusan SportSG

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya buat kesilapan dan saya terima padahnya," luah Schooling susuli keputusan SportSG

(Gambar fail: Matt Slocum/AP)

Diterbitkan : 30 Sep 2022 01:36PM Dikemas Kini : 30 Sep 2022 01:41PM

SINGAPURA: Jaguh Olimpik Joseph Schooling berkata beliau berasa kecewa setelah mendapat tahu tentang keputusan Sport Singapore (SportSG).

Schooling bagaimanapun menegaskan bahawa beliau akan menanggung padah "kesilapannya".

SportSG pada Rabu (28 Sep) menyatakan bahawa ia akan menggantung semua bentuk sokongan selama sebulan kepada ketiga-tiga perenang negara Schooling, Amanda Lim and Teong Tzen Wei selepas mereka mengaku mengambil dadah terkawal di luar negara.

Ketiga-tiga atlit di bawah skim prestasi tinggi itu tidak akan menerima geran bantuan latihan atau mempunyai akses kepada kemudahan-kemudahan sains sukan dan perubatan sukan selama sebulan bermula 1 Oktober, menurut SportSG dalam kenyataannya selepas memuktamadkan semakan dalaman.

Buat pertama kali pada Rabu (28 Sep), SportSG turut menamakan Teong sebagai perenang ketiga yang disiasat atas kesalahan berhubung dadah.

SportSG juga menarik perhatian bahawa ketiga-tiga atlit itu diuji negatif bagi dadah terkawal semasa disiasat oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) atas kesalahan-kesalahan berhubung dadah tetapi mengaku menggunakan dadah semasa menjadi atlit TeamSG.

"Ia mengecewakan, tentu sekali, setelah mendapat tahu tentang keputusan itu. Sebagai seorang atlit negara, kami memerlukan sokongan untuk membantu membimbing kami dalam perjalanan kami bagi semua aspek kehidupan. Saya sudah melakukan kesilapan dan saya menerima padahnya," kata Schooling dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh wakilnya.

Kerana menyalahgunakan keistimewaannya, Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebelum ini menyatakan bahawa Schooling tidak lagi layak untuk mengambil cuti atau dikecualikan untuk berlatih atau bertanding semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Lim pula diberi amaran tegas oleh CNB di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah kerana memiliki peralatan dadah.

Adalah satu kesalahan di sisi undang-undang jika rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) mengambil ganja sama ada di Singapura atau luar negara.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan