Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saudara perempuan pemandu Maserati terbabit kes heret pegawai polis mohon kereta dipulangkan untuk bayar hutang

Saudara perempuan kepada pemandu Maserati yang kemungkinan keretanya akan disita Pemerintah kerana berulang melakukan kesalahan memandu, merayu kepada mahkamah pada Rabu (25 Jan) supaya kenderaan itu dipulangkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudara perempuan pemandu Maserati terbabit kes heret pegawai polis mohon kereta dipulangkan untuk bayar hutang

Pemandu Maserati, Lee Cheng Yan di luar Mahkamah Negara pada 3 Okt 2019. (Gambar: Najeer Yusof/TODAY)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 01:05PM Dikemas Kini : 25 Jan 2023 01:05PM

SINGAPURA: Saudara perempuan kepada pemandu Maserati yang kemungkinan keretanya akan disita Pemerintah kerana berulang melakukan kesalahan memandu, merayu kepada mahkamah pada Rabu (25 Jan) supaya kenderaan itu dipulangkan.

Saudara perempuan kepada Lee Cheng Yan memberitahu Mahkamah Daerah bahawa beliau dan ibu bapanya yang sudah tua terpaksa membayar kos guaman Lee selain memberi nafkah kepada anak kembar Lee yang berusia empat tahun di Jepun. Wang tersebut difahamkan akan dibayar semula menggunakan hasil penjualan kereta tersebut.

Lee, 39 tahun, kini sedang menjalani hukuman penjara sekitar enam tahun dan lapan bulan.

Dia juga dikenakan dua larangan memandu seumur hidup - satu bagi kejadian pada 2017 yang mana dia mengheret seorang pegawai polis trafik sejauh 100 meter. Yang kedua pula pada 2022 atas kesalahan termasuk mengulangi kesalahannya dengan memandu meskipun dikenakan larangan memandu dan sekali lagi untuk mengelak polis.

Perbicaraan pada Rabu adalah berhubung kereta Maseratinya yang digunakan dalam kesalahan pada 2017, dirampas dan dibatalkan.

Di bawah Akta Trafik Jalan Raya, dalam kes melibatkan pesalah berulang yang memandu kenderaan semasa dilarang berbuat demikian, mahkamah perlu mengeluarkan arahan agar kenderaan itu dibatalkan apabila  pihak pendakwa memohon agar tindakan itu dilaksana.

Timbalan Pendakwa Raya Timotheus Koh memohon bagi kes itu ditangguh selama empat minggu atas dua sebab: Pertama, bagi keluarga Lee menyediakan sebarang dokumen penyerahan, dan kedua bagi pihak pendakwa untuk melakukan pemeriksaan sama ada sebarang syarikat kredit terikat dengan pembelian kereta Maserati itu.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa