Skip to main content

Singapura

Saudagar Kurma import 1.2 tan kurma Ramadan ini, permintaan kurma Palestin naik 25%

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setiap kali tibanya bulan Ramadan, buah kurma semestinya sesuatu makanan yang sinonim dan paling banyak disajikan ketika sahur mahupun berbuka puasa.

Syarikat Hamad Traders menyaksikan permintaan tinggi bagi buah kurma dan telah mengimport 1.2 tan untuk bulan Ramadan ini.

Buah kurma dari Palestin yang paling laris, meningkat sebanyak 25 peratus berbanding tahun lalu.

"Produk kami memang datang daripada Palestin. Kita import dari sana. Ia rasa lembut, rasa manis dan makan satu pun sudah cukup, memberi tenaga. Lembut, manis, tekstur yang baik," kata kakitangan Hamad Traders, Cik Shamsiah Imran kepada wartawan Haney Khairunnisa.
"Kami ingin memberi keyakinan kepada pelanggan kami kerana memang kurma datang dari sana, pelanggan kami juga tanya kerana mereka ingin menunjukkan sokongan kepada Palestin," tambah beliau.

Kurma Medjoul dan Ajwa merupakan jenis kurma yang paling popular di Saudagar Kurma.

"Kurma Ajwa ada tekstur unik, manis dan rasa semula jadi, mempunyai kelebihan dari sudut faedah kesihatan. Ia bagus untuk jantung kita dan bagus untuk paras zat besi kita," kongsi Cik Shamsiah.
Beliau turut mendedahkan bahawa kedai Saudagar Kurma di Dunlop Street turut dikunjungi ramai pelanggan bukan Muslim.

"Kurma ini bukan dimakan masa Ramadan sahaja bahkan mereka yang bukan Islam juga makan kurma kerana mereka tahu apa sebenarnya khasiat kurma ini," kata Cik Shamsiah.

Cik Shamsiah juga berkata beliau turut menyedari tentang cara-cara kreatif untuk makan buah kurma seperti yang tular di sosial media seperti menikmatinya dengan coklat cair ataupun dengan mentega.
"Kurma ini adalah 'Superfood' (makanan tinggi khasiat) , apa sahaja boleh dimakan dengan kurma dan terdapat banyak resipi menarik dan kreatif yang saya lihat di sosial media menggunakan kurma," kongsi Cik Shamsiah.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang kurma-kurma yang dijual di 'Saudagar Kurma' dalam siri "Makan Apa Tu?" di laman media sosial BERITA Mediacorp.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita