Satu piawai baru bagi penghantaran ubat diumumkan hari ini
Satu piawai baru bagi penghantaran ubat diumumkan hari ini (5 Okt) di Kongres Farmasi Singapura ke-29.
SINGAPURA: Satu piawai baru bagi penghantaran ubat diumumkan hari ini (5 Okt) di Kongres Farmasi Singapura ke-29.
Di bawah Piawai 644 atau SS644 itu, para pesakit kini boleh meminta agar ubat mereka dihantar ke tempat pilihan mereka.
Piawai baru itu mengandungi garis panduan mengenai perkara-perkara seperti cara menyimpan ubat yang betul dan aspek keselamatan semasa penghantarannya.
SS644 menggantikan garis panduan dari Persatuan Farmaseutikal Singapura.
Ia juga mengandungi cara-cara baru untuk menghantar ubat dari pihak peruncit dan perkhidmatan penghantaran pihak ketiga kepada para pesakit.
Ia termasuk tempat-tempat seperti rumah, pejabat, rumah rawatan dan pelbagai tempat khas untuk mengambilnya.
Menteri Negara Kanan Kesihatan, Edwin Tong berkata piawai SS644 dapat memastikan para pesakit dan penjaga mereka terus menerima khidmat jagaan kesihatan di luar sekitaran hospital.
Encik Tong juga berkata usaha sedang dijalankan untuk terus membangunkan tenaga kerja farmasi yang mahir dan siap untuk menangani bertambahnya pesakit yang mengalami masalah perubatan yang rumit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.