Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Satu lagi rencana palsu papar PM Lee sokong pelaburan kripto

Anggaran Waktu Membaca:
Satu lagi rencana palsu papar PM Lee sokong pelaburan kripto

Gambar: Singapore Police Force

Diterbitkan : 03 Jun 2022 04:30PM Dikemas Kini : 03 Jun 2022 04:34PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memberi amaran terhadap rencana-rencana palsu online yang menunjukkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong seolah-olah menyokong program-program urus niaga mata wang kripto seperti BitIQ.

Rencana-rencana palsu itu mendakwa seolah-olah program berkenaan menjana "keuntungan yang sangat besar" dan ia juga menggambarkan pelaburan tersebut sebagai "sangat lumayan", tambah polis.

"Rencana-rencana online biasanya adalah iklan-iklan online berbayar yang dipaparkan seolah-olah ia adalah artikel berita. Ia berfungsi sebagai clickbait (umpan) untuk memikat pembaca," tambah kenyataan polis itu lagi.

Apabila seseorang individu menekan pautan pada rencana tersebut, maka mereka akan dibawa ke lelaman web lain, yang akan menawarkan pelaburan melalui perdagangan mata wang kripto atau produk-produk kewangan lain.

Sesiapa saja yang memberikan nombor telefon mereka di lelaman web berkenaan biasanya akan menerima panggilan daripada seseorang dari skim tersebut, menurut polis.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada semasa membuat keputusan untuk melabur.

Pada April tahun ini, pihak polis memberikan nasihat yang sama mengenai satu lagi rencana sedemikian rupa yang menunjukkan PM Lee kononnya menyokong pelaburan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya jangan berurusan dengan syarikat-syarikat sedemikian yang menggunakan iklan-iklan palsu atau mengelirukan," tegas polis.

Maklumat lanjut tentang penipuan seumpama ini boleh diperolehi melalui laman web Scam Alert atau melalui Talian Antipenipuan di 1800-722-6688.

Sesiapa saja yang mempunyai maklumat tentang penipuan sedemikian boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan