Skip to main content

Singapura

SATS pengendali kargo udara terbesar di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat pengendalian lapangan terbang dan penyediaan makanan di dalam pesawat, SATS, bakal menjadi syarikat pengendali kargo udara yang terbesar di dunia.

Ini menyusuli langkahnya hendak membeli syarikat Worldwide Flight Services yang berpangkalan di Paris.

Pembelian secara tunai itu bernilai S$1.6 bilion.

Ia akan membentuk rangkaian kargo udara yang merentasi dua benua, Amerika dan Eropah, serta rantau Asia Pasifik.

Rangkaian itu meliputi lebih 200 pangkalan kargo dan pengendalian di darat di lebih 20 negara.

Gabungan rangkaian tersebut akan meliputi laluan-laluan penerbangan yang merangkumi lebih separuh jumlah kargo udara sedunia.

Menurut SATS, pembelian itu dapat membolehkannya memanfaatkan lagi pertumbuhan rantaian bekalan.

Ini terutamanya dalam segmen permintaan tinggi seperti e-dagang dan ubat-ubatan.

Urus niaga itu dijangka selesai menjelang Mac tahun depan.
Sumber : CNA/RR/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita