Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SATA guna AI bagi penjagaan kesihatan pekerja hijrahan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penyedia khidmat penjagaan kesihatan, SATA CommHealth telah merintis satu program baharu yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menawarkan sokongan kesihatan kepada pekerja hijrahan.

SATA CommHealth ialah sebuah pertubuhan penjagaan kesihatan amal tidak meraih untung yang menyediakan perkhidmatan perubatan seperti pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan doktor keluarga dan banyak lagi.

Dengan bantuan jurulatih maya, pekerja boleh menguruskan terapi harian mereka dan memantau perkembangan masing-masing.

"Ia bermakna produktiviti meningkat. Bagi pemerintah, AI memastikan kebanyakan projek infrastruktur dapat disiapkan tepat pada masanya, kata pengerusi SATA CommHealth, Tan Boon Gin.

"Bagi pekerja, paling penting ialah lebih banyak tahun untuk terus bekerja dan meraih pendapatan untuk menyara keluarga mereka di rumah," tambah beliau.

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM), aduan daripada pekerja melibatkan sakit otot dan tulang kerap dilaporkan di Singapura, membentuk 60 peratus daripada penyakit yang dikaitkan dengan pekerjaan.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan