Sasaran S$1.32 juta bagi kempen TAA tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kempen Tabung Amal Aidilfitri (TAA) bagi Ramadan tahun ini dilancarkan malam ini dengan matlamat lebih tinggi untuk mengumpulkan lebih S$1.32 juta.
Majlis pelancaran kempen mengumpul dana yang masuk tahun ke 32 itu yang diadakan di Kompleks Joo Chiat dihadiri tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.
"Setiap tahun, TAA telah membantu lebih daripada 3,100 keluarga berpendapatan rendah termasuk mereka yang terlantar di rumah dan kurang upaya.
"Lebih daripada 75 peratus penerimanya tinggal di flat sewa 1 atau 2 bilik HDB. Tahun ini, TAA menganggarkan untuk mengagihkan sokongan kepada lebih daripada 3,100 keluarga berpendapatan rendah," kata Dr Maliki dalam ucapannya.
Beliau menyeru masyarakat untuk menyokong usaha murni itu.
"Sumbangan anda bukan sahaja akan memberikan sokongan penting kepada mereka yang memerlukan tetapi juga akan menjadi bukti kekuatan masyarakat kita apabila kita bersatu dengan tujuan bersama.
Namun selain sokongan kewangan, kebanyakan keluarga yang tinggal di flat-flat sewa itu juga memerlukan
sokongan sosial.
"Di sini saya menggalakkan mereka yang ingin melakukan lebih banyak lagi sertai Projek Dian, satu inisiatif di bawah M³ di mana kami mendekati dan memberi sokongan kepada penduduk Melayu/Islam yang tinggal di flat-flat sewa," tambah beliau.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TAA Encik Hamsani Raoh berkata para penerima bakal menerima jumlah yang lebih tinggi.
"Apa yang kita buat di TAA adalah berdasarkan pungutan yang kita dapat. Insya-Allah tahun ini, setiap penerima akan menerima sebanyak $400 dolar. Kalau tahun lepas mereka mendapat S$350, tahun ini mereka akan mendapat S$400," kata beliau.
Usaha pengumpulan dana tahun ini juga mencabar sedikit ekoran Kerja-kerja peningkatan di sekitar Geylang Serai.
"Banyak kawasan di sekitar Geylang Serai sedang dinaik taraf jadi kami hanya boleh meletakkan satu tabung sahaja di Wisma Geylang Serai. Jadi kita menyeru masyarakat umum yang mendengar melalui siaran radio Mediacorp Radio Warna942 agar mereka menderma secara ikhlas dan dengan sebanyak mungkin," kata Encik Hamsani.
Dr Mohamad Maliki turut menerima cek yang disumbangkan beberapa pertubuhan korporat berjumlah lebih S$100,000.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.