Skip to main content

Singapura

Sarjan Ridhuan Abdol Mutalib antara 400 pegawai Home Team diiktiraf

Lebih 130 anugerah disampaikan kepada lebih 400 pegawai Home Team di Upacara Penyampaian Anugerah Menteri di Akademi Home Team hari ini (24 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Sep 2018 09:33PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 09:37PM

SINGAPURA: Lebih 130 anugerah disampaikan kepada lebih 400 pegawai Home Team di Upacara Penyampaian Anugerah Menteri di Akademi Home Team hari ini (24 Sep).

Anugerah itu mengiktiraf para pegawai atas sumbangan besar mereka dalam operasi atau kes-kes besar, selain menunjukkan mutu inovasi serta kecemerlangan yang tinggi dalam bidang kerja mereka.

Pada Januari lalu, Sarjan Ridhuan Abdol Mutalib berjaya mengawal dan menangkap seorang lelaki yang merempuh keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands. Lelaki itu memiliki senjata dan mengancam untuk membakar dirinya.

"Perasaaan saya pada ketika itu cemas sebab dia memegang sebilah sabit di tangannya. Dia agak ganas ketika itu kerana dia di bawah pengaruh dadah tetapi saya memberanikan diri kerana kita sudah dilatih untuk menangani situasi seperti ini," kata SGT (2) Muhd Riduan.

Sarjah Ridhuan dalam kalangan pegawai cemerlang yang diiktiraf di Upacara Penyampaian Anugerah Menteri hari ini kerana sikap profesionalisme, dedikasi serta kejayaan mereka melindungi negara.

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata khidmat luar biasa sedemikian menyumbang kepada tahap keyakinan tinggi rakyat terhadap pasukan Home Team serta bagaimana mereka menilai keselamatan diri mereka sendiri.

"Rakyat kita berasa yakin dan mereka perlu ada rasa yakin bukan sahaja terhadap keupayaan Home Team tetapi juga terhadap sikap profesionalisme dan adil para pegawainya dalam menjalankan tugas mereka. Hal itu akan membantu mengukuhkan keyakinan lebih meluas terhadap sistem keadilan jenayah, terhadap pasukan Polis serta pasukan-pasukan SCDF, penjara, CNB dan keseluruhan sistem dan juga Singapura sendiri," kata Encik Shanmugam.

Sebanyak empat kategori anugerah disampaikan tadi, sebahagian besarnya bagi Anugerah Operasi Cemerlang.  

Sumber : CNA/NT/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita