Sarang tikus di Little India susut daripada 37 kepada 0 pada April: NEA
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Usaha membanteras masalah tikus di Little India menunjukkan hasil
memberangsangkan.
Tiada sarang tikus dikesan pada Mac dan April.
Ini berbanding purata 37 sarang tikus yang ditemui setiap dua bulan pada tahun lalu.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan, kegiatan tikus di kawasan itu kini merosot kira-kira 40 peratus.
Agensi itu sedang meneroka penggunaan analitik video bagi membantu mengawal jumlah tikus.
Jumlah sarang tikus berkurangan daripada kira-kira 5,400 pada separuh pertama tahun lalu, kepada 4,200 pada separuh kedua.
Usaha pembasmian tertumpu kepada kawasan yang mempunyai banyak kegiatan makanan dan perdagangan, seperti Little India, Holland Village, Geylang dan Serangoon Gardens.
Pengurus di Bahagian Kawalan Vektor NEA Tay Wan Juan berkata:
"Apabila pengurusan sisa tidak teratur, akan ada sisa makanan. Kemudian, pemilik premis pula membuang sampah secara sebarangan sehingga terdapat barangan besar dan sebagainya, yang boleh menjadi tempat tikus bersembunyi.
"Oleh itu, kamera pengawasan yang kami pasang di sini membolehkan kami memantau keadaan di lapangan serta mengumpul maklumat dan bukti. Dan, seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis yang membuang sisa secara tidak betul."
Setakat April, NEA menggunakan 40 kamera pengesan haba, dan jumlahnya dijangka lebih tinggi berbanding 84 unit yang dipasang tahun lalu.
Memandangkan kegiatan tikus rancak pada waktu malam dan ia cenderung mengelakkan manusia, penggunaan teknologi sedemikian membantu memahami tingkah laku haiwan tersebut dengan lebih baik.
Alat hawa dingin yang dipasang di luar dan saluran paip merupakan antara laluan yang boleh digunakan tikus untuk naik ke tingkat atas bangunan, bersarang atau mencari sumber makanan.
Perkara ini dikenal pasti oleh pihak berkuasa selepas penggunaan kamera haba dipasang selama kira-kira dua tahun.
Daripada sekitar 1,200 tindakan penguatkuasaan tahun lalu, sekitar separuh daripadanya adalah berkaitan dengan pengurusan sisa yang tidak teratur.
Bagi langkah seterusnya, NEA sedang meneroka penggunaan analitik video dan pembelajaran mesin.
Penolong Pengurus Bahagian Kawalan Tikus NEA Bernard Chiang berkata: "Dengan pembelajaran mesin, ia akan membantu kami mengurangkan keperluan tenaga kerja kerana kami tidak lagi perlu meneliti rakaman secara manual untuk mengenal pasti tikus.
"Dengan cara ini, tenaga kerja boleh digerakkan untuk memasang lebih banyak kamera PR, iaitu kamera inframerah pasif, sekali gus meliputi kawasan yang lebih luas."
NEA menyatakan berkurangnya jumlah sarang tikus merupakan petanda positif bahawa usaha penguatkuasaan yang dilaksanakan sudah mendatangkan kesan.
Namun, agensi itu memberi amaran, jumlah tikus boleh meningkat semula dengan cepat sekiranya pengurusan kebersihan dan pelupusan sisa kembali terabai.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.