Sarang tebuan tidak dikesan berbulan di Sembawang serang penunggang basikal hingga maut, kata koroner
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah sarang tebuan di pokok terletak di Penghubung Taman Sembawang mungkin sudah berada di situ selama berbulan, apabila sekawan tebuan daripada serpihan pokok tersebut menyerang seorang penunggang basikal, kata mahkamah koroner pada Jumaat (13 Sep).
Seorang arboris dan kontraktor kawalan serangga perosak kemungkinan besar terlepas pandang sarang tersebut, kerana sarang utama berada 12 meter di atas pokok, berdekatan Kuil Sembawang God of Wealth, di mana ia terselindung dan sukar untuk dikesan.

Saksi pakar yang memberikan keterangan dalam siasatan itu mencadangkan bahawa sebahagian sarang tersebut mungkin terkopak kerana diserang oleh pemangsa seperti Burung Lang Lebah.
Tubuh Encik Ronnie Ang, 60 tahun, penuh dengan gigitan, di mana toksin di dalam tubuhnya menjejas organ pentingnya.
Mangsa dibawa ke hospital namun meninggal dunia tiga hari kemudian, dengan punca kematian akhirnya disahkan sebagai kegagalan pelbagai organ berikutan serangan serangga, dengan penyakit jantung iskemia sebagai punca lain.
Dalam dapatannya, koroner berkata rawatan perubatan yang diberikan kepada Encik Ang di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) adalah "munasabah".
Bagaimanapun, koroner berkata KTPH mengakui dalam surat kepada anak perempuan Encik Ang bahawa komunikasi dengan keluarga "mungkin boleh diperbaiki".
SARANG TEBUAN
Koroner berkata bahawa ia mustahil untuk mengenal pasti usia sarang tersebut.
Namun seorang pakar menganggarkan sarang itu mungkin sudah berada di pokok tersebut antara lima hingga lapan bulan, berdasarkan saiznya.
Jika ia benar, sarang itu mungkin sudah berada di pokok tersebut antara November 2021 dan Februari 2022, atau dibina pada tempoh itu, kata koroner.
Koroner berkata kemungkinan sarang itu sudah wujud apabila arboris Lembaga Taman Negara (NParks) melakukan pemeriksaan pada Mac 2022.
Arboris itu tidak menandakan bahawa ia melihat sarang tebuan.
Kontraktor NParks juga tidak mengesan sarang tersebut ketika ia memeriksa pokok itu sebanyak dua kali, pada Mei dan Jun 2022.
Selama tempoh enam bulan sebelum kejadian berlaku, hanya terdapat satu laporan penemuan "lebah" pada awal Jun 2022.
NParks mengerahkan anggota kawalan serangga perosak pada hari yang sama untuk memeriksa pokok itu dan kanopi berhampiran kuil tersebut, untuk mencari sarang lebah atau tebuan, namun kedua-duanya tidak ditemui.
Pegawai NParks menjalankan pemeriksaan pada pokok di sepanjang penghubung taman itu pada 7 dan 9 Jun 2022, namun tidak menemui lebah atau tebuan, serta sarangnya.
Seorang pakar memberi keterangan bahawa sarang tebuan boleh tersembunyi dengan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya serta kulit pokok, dan mungkin sukar dilihat dengan mata kasar.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.