Saranan baru pertingkat kesejahteraan guru pendidikan awal kanak-kanak
Terdapat usaha bagi meningkatkan kesejahteraan guru-guru pendidikan awal kanak-kanak dengan menggunakan teknologi untuk menambah baik proses kerja.
Gambar fail: TODAYonline
SINGAPURA: Terdapat usaha bagi meningkatkan kesejahteraan guru-guru pendidikan awal kanak-kanak dengan menggunakan teknologi untuk menambah baik proses kerja.
Ia antara saranan yang dikemukakan untuk meningkatkan daya penghasilan dalam sektor tersebut.
Inisiatif itu telah diuji di sekitar 10 pusat prasekolah sejak dua tahun lalu, dengan kerjasama antara Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dengan rakan-rakan sektor.
Langkah-langkah yang dilaksanakan meliputi empat bidang dan dibiayai ECDA.
Para pengendali prasekolah boleh memanfaatkan pembiayaan itu untuk mendakapi wadah-wadah digital baru seperti tablet bijak.
Tablet tersebut membantu kurangkan bebanan kerja seperti perancangan kurikulum.
Butiran lanjut tentang dana berkenaan akan didedahkan pada suku ketiga tahun ini.
Pusat-pusat prasekolah juga boleh membeli perabot ergonomik bagi membantu kakitangan jaga postur dan kurangkan rasa tidak selesa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.