Skip to main content

Singapura

Sanofi tubuhkan kemudahan vaksin baru bernilai S$638 juta di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Apr 2022 03:20PM Dikemas Kini : 20 Apr 2022 09:01PM

SINGAPURA: Dengan meningkatkan kapasiti Singapura untuk menghasilkan vaksin, rantau ini akan menjadi lebih bersedia untuk menghadapi pandemik serta sebarang kejatuhan ekonomi pada masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Rabu (20 April).

Semasa berucap di upacara pecah tanah kemudahan penghasilan vaksin Sanofi di Tuas, Encik Heng berkata walaupun gelombang Omicron COVID-19 sudah reda, varian-varian yang membimbangkan masih boleh muncul.

"Sekalipun jika COVID-19 sudah di meninggalkan kita, kita mesti menjangka dan bersiap sedia untuk pandemik seterusnya. COVID-19 memperkukuh kepentingan bagi kesediaan pandemik serta daya tahan rantaian bekalan. Kita tidak boleh berpeluk tubuh sebaik sahaja apabila pandemik sudah tiada dan berakhir," tambahnya.

"Dengan meningkatkan kapasiti kita bagi menghasilkan vaksin di Singapura, rantau ini akan berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk menangani pandemik serta kejutan ekonomi pada masa hadapan. 

"Menempatkan pengeluaran vaksin di sini juga akan membolehkan kami mendorang inovasi baru dalam penghasilan vaksin serta juga dalam sains bioperubatan secara lebih meluas."

Gergasi farmaseutikal Perancis Sanofi mengumumkan pada tahun lalu bahawa ia akan melaburkan €400 juta (S$637.8 juta) dalam tapak penghasilan vaksin yang baru di Singapura.

Kemudahan penghasilan vaksin itu akan menjadi loji pengeluaran vaksin Sanofi yang pertama di Singapura. Ia dijangka mewujudkan 200 pekerjaan baru di negara ini, tambah Encik Heng.

Kemudahan yang mendakapi pendigitalan sepenuhnya dan berciri modular itu dijangka beroperasi pada skala penuh menjelang hujung 2025. Ia akan mampu menghasilkan vaksin-vaksin "pada skala besar" untuk Asia, menurut Sanofi dalam kenyataan media berasingan.

Kemudahan penghasilan vaksin itu direka bentuk untuk memberikan tindak balas pantas terhadap risiko pandemik pada masa hadapan, dengan kapasiti untuk menghasilkan vaksin "pada skala besar", tambah Encik Heng.

Sumber : CNA/KF/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita