Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sangsi terhadap kaum lain, isu imigresen, ketidaksamaan keprihatinan utama rakyat S'pura

Rasa sangsi terhadap kaum lain, imigresen dan ketidaksamaan adalah antara keprihatinan utama rakyat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2021 07:35PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 09:44PM

SINGAPURA: Rasa sangsi terhadap kaum lain, imigresen dan ketidaksamaan adalah antara keprihatinan utama rakyat Singapura.

Demikian menurut tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS) berhubung kebanggaan dan identiti negara.

Tinjauan IPS itu melibatkan lebih 2,000 rakyat dan penduduk tetap pada tahun lalu sedang perbahasan tentang imigresen dan kaum rancak di tengah-tengah kemelesetan ekonomi.

Tinjauan itu mendapati lebih dua pertiga daripada responden berasa bangga dengan cara negara menangani pandemik COVID-19.

Namun, hampir 90 peratus daripada mereka melihat pandemik ini sebagai satu ancaman kepada masa depan Singapura.

Antara sumber-sumber paling rendah bagi kebanggaan nasional adalah pencapaian sukan dan kebebasan media.

Ini bersama layanan terhadap para pekerja hijrahan bergaji rendah.

Sebanyak 83 peratus responden melihat globalisasi secara positif dengan mengiktirafnya sebagai sesuatu yang akan memanfaatkan ekonomi.

Namun lebih separuh masih merasakan masyarakat tempatan tidak adil.

Ini walaupun 70 peratus berpendapat pendekatan Singapura terhadap dasar berbilang kaum sedang berjalan baik.

Namun, lebih ramai kaum minoriti dan warga muda di sini percaya lebih banyak lagi boleh dilakukan.

Sumber : CNA/RU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa