Sanggup tipu diculik di Vietnam, lelaki S'pura ini akhirnya ditangkap
Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas setelah dipercayai memalsukan penculikannya di Vietnam, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (21Mac).
(Gambar hiasan: Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas setelah dipercayai memalsukan penculikannya di Vietnam, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (21 Mac).
Polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kes penculikan yang melibatkan seorang lelaki rakyat Singapura pada sekitar 10.35 malam pada 27 Februari.
"Lelaki itu memaklumkan saudara-maranya bahawa dia diculik di Vietnam, dan memohon agar wang bernilai AS$15,000 (S$20,200) dipindahkan ke dalam akaun banknya supaya dia dapat dilepaskan," menurut polis dalam satu kenyataan media.
Dengan bantuan polis Vietnam, lelaki itu didapati tidak diculik langsung dan dia sebenarnya berada dalam keadaan selamat di negara itu.
"Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki itu dipercayai memalsukan penculikannya agar saudara-maranya akan memberikannya wang," menurut polis.
Lelaki itu diberkas di Lapangan Terbang Changi sejurus selepas tengah malam pada Rabu (20 Mac). Siasatan sedang dijalankan.
Jika didapati bersalah menipu, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.