'Sangat, sangat penat': Risiko, hakikat pembantu rumah jaga bayi sepanjang malam
Selama tempoh hampir dua dekad bekerja di Singapura, pembantu rumah hijrahan Cik Marie bergelut untuk memenuhi tuntutan menjaga anak-anak majikannya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selama tempoh hampir dua dekad bekerja di Singapura, pembantu rumah hijrahan Cik Marie bergelut untuk memenuhi tuntutan menjaga anak-anak majikannya.
Warga Indonesia berusia 48 tahun itu, yang meminta menggunakan nama samaran, pernah sekali perlu tidur dengan kedua-dua anak kembar majikan dan tidak mendapatkan sebarang rehat pada siang hari kerana beliau juga perlu memasak dan mengemas.
Berat badannya bahkan turun daripada 52 kilogram kepada 46 kilogram dalam tempoh 10 bulan.
Dengan majikan seterusnya, beliau perlu bangun dua hingga empat kali pada waktu malam untuk memberi susu kepada bayi, menukar lampin dan menidurkannya.
Cik Marie berkata beliau berasa "sangat, sangat, sangat penat dan mengantuk" sepanjang masa.
Namun, tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berhenti kerja - lebih-lebih lagi dengan dua anak sendiri yang perlu disara, selain bil dan hutang yang perlu dilunaskan.
Sebaliknya, beliau cuba menyelesaikan kerjanya secepat mungkin sebelum meminta izin untuk tidur sebentar selama sejam ketika bayi sedang tidur.
Majikan Cik Marie pada awalnya menolak permintaannya, tetapi mengubah fikiran selepas melihat pembantunya tertidur semasa makan tengah hari.
Pada awal 2025, dua pembantu rumah yang didakwa kurang tidur ternyata membawa akibat yang jauh lebih serius, apabila mereka mendera bayi kerana berasa marah dan dihukum penjara akibat perbuatan mereka.
Pertubuhan-pertubuhan bukan pemerintah (NGO) memberitahu Mediacorp bahawa kurang tidur dan akibatnya adalah isu berterusan yang dihadapi oleh para pembantu rumah, yang seringkali digajikan oleh keluarga dua pendapatan bagi tujuan khusus untuk menjaga anak-anak pada sebelah malam.
Komunikasi lebih jelas dan penetapan jangkaan dengan para majikan boleh memanfaatkan semua pihak - tetapi memandang ke hadapan, tindakan penguatkuasaan dan peraturan lebih tegas perlu juga dipertimbangkan, kata pihak berkepentingan dan pakar.
Di Pertubuhan Kemanusiaan Bagi Ekonomi Migran (HOME), yang membantu pekerja hijrahan di Singapura, lebih separuh daripada penghuni di tempat perlindungannya mengadu diberikan terlalu banyak kerja pada tahun lalu.
Dalripada jumlah itu, 30 peratus menjaga bayi dan kanak-kanak kecil, kata timbalan pengarah Prashant Somosundram.
"Ramai pembantu rumah hijrahan memberitahu kami bahawa mereka sentiasa berasa letih dan bimbang, dan keadaan ini juga meningkatkan risiko melakukan kesilapan atau kemalangan di tempat kerja," katanya.
Pembantu rumah yang tidak mendapat rehat mencukupi antara lain juga mengalami tahap tekanan lebih tinggi, kesihatan mental lebih rendah dan kurang peka, kata Encik Michael Lim, pengarah eksekutif di Pusat Pekerja Domestik (CDE), sebuah inisiatif oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
"DI MANA RUMAH ADALAH TAPAK KERJA"
Seorang ibu tunggal kepada dua anak lelaki yang berusia dua dan lima tahun, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Emily, memberitahu Mediacorp beliau menggajikan seorang pembantu rumah untuk bantu menjaga anak lelakinya sejak beliau dilahirkan, termasuk tidur bersamanya dan memberikan susu di waktu malam.
Wanita itu yang bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat perindustrian, berkata ia "terlalu memenatkan untuk menjaga kedua-dua kanak-kanak itu".
Dalam kalangan ibu bapa yang ditemui Mediacorp, keletihan yang dialami - serta kurang sokongan kelaurga atau ruang perumahan - adalah antara faktor yang dinukil sebagai sebab pembantu rumah berkongsi bilik dengan anak-anak mereka.
Raymond Maids Employment Agency menyaksikan kenaikan dalam permintaan sepanjang tempoh lima tahun lalu bagi pembantu rumah yang menyediakan jagaan kanak-kanak pada siang hari dan sebelah malam.
"Ia satu permohonan yang kerap kami terima, yang juga masuk akal kerana kebanyakan ibu bapa bekerja waktu pejabat pada siang hari," kata pengarah pengurusan Matthew Lee, sambil menambah bahawa mandat pulang ke pejabat meningkatkan tekanan.
"Ibu bapa mungkin tidak mempunyai keupayaan memberi susu pada waktu malam jika mereka perlu bangun awal keesokan hari untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja."
Beliau berkata bahawa agensinya juga menggalakkan para majikan supaya memilih pembantu rumah yang sedia dari segi mental untuk berkongsi bilik dengan bayi.
Agensi-agensi pembantu rumah memberitahu Mediacorp bahawa jangkaan ditangani sejak awal lagi, apabila para pembantu rumah diberi taklimat di negara asal mereka sebelum dikerahkan dan ditanya jika mereka sanggup menerima sebarang tugas pada waktu sebelah malam.
Pengarah Homekeeper Maid Agency James Yong Yu An berkata perkara itu dirakam dalam kontrak dan diperjelaskan dalam temu bual bersama para majikan.
Namun, Encik Prashant dari HOME berkata pernah berlaku kes di mana pembantu rumah itu memberitahu majikan mereka bahawa mereka tidak mahu tidur bersama bayi atau kanak-kanak dan dijanjikan sedemikian, tetapi "mereka mendapati bahawa mereka perlu berbuat demikian selepas memulakan pekerjaan".
"Adalah penting para bakal majikan bersikap telus dan jujur mengenai skop tugasan dan aturan tidur," katanya.
Selepas diambil bekerja, sukar bagi para pembantu rumah untuk menolak tugas dan permohonan tambahan, disebabkan oleh ketidakseimbangan kuasa antara mereka dan majikan mereka, kata Encik Prashant.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.