Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Sangat menjijikkan' - Lelaki yang dera seksual 8 pelajar, dipenjara 45 tahun, hukuman paling lama bagi jenayah seksual

Anggaran Waktu Membaca:
'Sangat menjijikkan' - Lelaki yang dera seksual 8 pelajar, dipenjara 45 tahun, hukuman paling lama bagi jenayah seksual

Mahkamah Tinggi di Singapura pada 9 Nov 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Sepanjang tempoh 16 tahun, seorang lelaki mendera secara seksual kanak-kanak kurang upaya fizikal atau mengalami masalah pembelajaran dengan menyamar sebagai ahli terapi pendidikan yang berkelayakan untuk mendapatkan kepercayaan ibu bapa mangsa berkenaan.

Pada Isnin (27 Jun), Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 45 tahun ke atas lelaki Singapura itu yang kini berusia 54 tahun.

Hukuman penjara itu adalah yang paling lama dikenakan bagi kesalahan seksual, menurut pendakwa raya.

Hakim Ang Cheng Hock menyifatkan kes itu sebagai " "penderaan seksual yang sangat menjijikkan". Pihak pendakwaan pula menyatakan kes itu "salah satu kes penderaan seksual kanak-kanak yang paling teruk pernah dibicarakan di mahkamah".

Perbuatan lelaki itu terbongkar dengan tidak sengaja pada 2018 apabila seorang wanita membeli komputer riba lamanya. Beberapa gambar lucah dan video menunjukkan dia melakukan serangan seksual terhadap mangsa secara automatik diimport dari 'cloud drive' ke dalam komputer riba tersebut.

Polis menahannya pada petang 11 Jun tahun yang sama. Mereka menemui lebih banyak gambar lucah dan video melibatkan serangan seksual, serta dua pasang seluar dalam milik salah seorang mangsanya.

Lelaki itu memiliki sekurang-kurangnya 3,253 filem lucah, menurut dokumen mahkamah.

Dia mengaku kepada pihak penyiasat akan menonton bahan-bahan berunsur penderaan kanak-kanak secara online dan ingin "cuba" perkara yang sama. Dia telah disahkan mengalami gangguan pedofilik.

Dua daripada lapan mangsanya hanya berumur lima tahun ketika mereka menjadi mangsa rogol lelaki itu. Kejadian itu seringkali berlaku di rumah mangsa sendiri, rumah lelaki itu atau di tempat awam seperti tandas di pusat beli belah.

Lelaki itu mengaku bersalah atas enam tuduhan merogol secara teruk. 80 lagi tuduhan termasuk eksploitasi seksual kanak-kanak bawah umur, mencabul kehormatan dan percubaan merogol secara teruk turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Arahan mahkamah dikeluarkan bagi melindungi identiti mangsa yang berumur lima hingga 13 tahun ketika kesalahan itu dari 2002 hingga Mei 2018. Lelaki itu itu pula berusia antara 35 dengan 50 tahun ketika itu.

Pegawai polis memberkas lelaki itu pada malam 11 Jun 2018. Mereka menjumpai lebih banyak gambar lucah dan video serangan seksual serta dua pasang seluar dalam kanak-kanak milik salah seorang mangsa.

Dokumen-dokumen mahkamah mendedahkan bahawa dia memiliki sekurang-kurangnya 3,253 filem lucah.

Lelaki itu akan berumur 80 tahun jika dia dibebaskan daripada penjara selepas diberikan satu pertiga peringanan hukuman jika berkelakuan baik.

Untuk setiap kesalahan rogol yang teruk, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda atau dirotan.

Mereka yang berumur 50 tahun ke atas tidak boleh dirotan di bawah undang-undang Singapura.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan