Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Sangat mengecewakan': Pengguna mengadu gagal tebus Baucar SRV pada saat akhir

Sebilangan rakyat Singapura melaporkan beberapa kegenjotan semasa melakukan urus niaga di laman rasmi dan juga laman rakan-rakan tempahan yang sah bagi menebus Baucar Teroka Semula Singapura (SRV).

Anggaran Waktu Membaca:
'Sangat mengecewakan': Pengguna mengadu gagal tebus Baucar SRV pada saat akhir

Petikan skrin notifikasi kesilapan di laman-laman SingapoRediscovers dan GlobalTix.

Diterbitkan : 01 Jan 2022 10:17AM Dikemas Kini : 01 Jan 2022 10:23AM

SINGAPURA: Sebilangan rakyat Singapura yang cuba menebus Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) mereka sebelum tarikh tamat tempoh pada Jumaat (31 Dis) melaporkan beberapa kegenjotan semasa melakukan urus niaga di laman rasmi dan juga laman rakan-rakan tempahan yang sah.

Memandangkan tempahan online ditutup pada pukul 11.59 malam, akses kepada Klook, GlobalTix dan ChangiRecommends terputus-putus, manakala isu serupa juga dilaporkan berlaku di Traveloka dan Trip.com.

"Kod dikeluarkan tetapi laman Klook dan Trip.com mengalami masalah, dengan menunjukkan ia (kod) tidak boleh disahkan, kod SRV sudah tamat tempoh dan sekarang ini asyik mendapat mesej '500 server error' apabila cuba mengakses," komen pengguna Facebook Kaoxing Goh pada catatan yang dimuat naik oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Seorang lagi pengguna Facebook, Estella Chan Xiang Ting, berkata beliau mengalami isu server di laman rakan-rakan tempahan dan lelaman daya tarikan pelancong seperti Wildlife Reserves Singapore (WRS) dan Taman di Pesisiran.

"Jika tarikh tamat tempoh pada 31 Disember, bukankah servernya harus terus beroperasi dan bukan menjalani penyenggaraan? Saya sudah cuba menempah sejak empat jam lalu dan selepas perlu menunggu dengan lama sekali untuk laman dikemas kini, bayarannya tidak dapat menembusi (sistem). Ia sangat mengecewakan," kata EStella.

Pada Khamis (30 Dis), STB menyatakan kaunter fizikal bagi pengambilan baucar dan rakan-rakan tempahan yang sah "mengalami kesesakan teruk".

"Untuk membantu para pengguna tebus Baucar mereka sebelum tamat tempoh, kami akan melakukan yang terbaik pada waktu ini, " menurut pihaknya di laman Facebook.

Pada November, STB melanjutkan tarikh tamat tempoh bagi wisata menggunakan SRV kepada 31 Mac 2022, dengan tempahan perlu dibuat menjelang 31 Disember.

Mediacorp sudah menghubungi STB dan rakan-rakan tempahan Baucar Teroka Semula Singapura bagi maklumat lanjut.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan