Sampul Tahun Baharu Cina kian mesra alam; boleh jadi papan permainan atau tumbuh pokok
Serupa dengan tradisi masyarakat Melayu, mereka yang bakal meraikan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, juga perlu mendapatkan sampul untuk diberikan kepada kanak-kanak dan sebagainya.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Serupa dengan tradisi masyarakat Melayu, mereka yang bakal meraikan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, juga perlu mendapatkan sampul untuk diberikan kepada kanak-kanak dan sebagainya.
Menariknya, kini mereka mempunyai pilihan yang lebih mesra alam, seperti sampul yang boleh digunakan semula mahupun sampul yang boleh ditanam untuk tumbuh menjadi tumbuhan.
'Hongbao' sedemikian bahkan disambut baik oleh para pelanggan, dengan penjualan bagi sebilang syarikat melonjak sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya, walaupun paket merah yang unik lazimnya lebih mahal.
"Saya rasa bagi generasi lebih muda, mereka lebih prihatin mengenai mesra alam," kongsi kata Pengurus Pengeluaran Olympia Premiums, Kevin Kwek.
jadi kami mempunyai pelanggan yang beri maklum balas yang katakan sedemkian.
"Kami menerima maklum balas daripada pelanggan yang bertanya, 'Apa yang boleh anda cipta, sekurang-kurangnya kita menggunakan sesuatu yang boleh digunakan semula?'.
"Jadi kami berusaha untuk mencari cara dan melihat jika kita dapat mencipta sesuatu yang boleh digunakan selama bertahun-tahun," tambah beliau.
Bagi syarikat Encik Kwek, mereka menghasilkan paket merah dengan reka bentuk permainan 'snakes and ladders' yang boleh digunakan sebagai papan permainan.
Sebuah lagi syarikat mengambil pendekatan 'lain daripada yang lain' dengan mencipta sampul hongbao yang boleh ditanam dan tumbuh menjadi tumbuhan.
Kertas berbiji itu mengambil masa seganda lebih lama untuk dihasilkan dan coraknya pula tidak boleh terlalu rumit.
Bagi sebuah syarikat yang menghasilkan sampul tradisional, ia mendedahkan bahawa para pelanggan kini meminta reka bentuk yang boleh digunakan semula setiap tahun.
"Mereka membeli 'hongbao' dengan reka bentuk 'evergreen' (tidak lapuk ditelan zaman), atau mengandungi ucapan atau lukisan yang tidak ada kaitan dengan zodiak," kata Pengarah Pengurusan The Copy Boy, Derrick Goh.
"Kebanyakan mereka berpandangan jika mereka tidak sempat memberikan semua sampul itu pada tahun ini, mereka masih boleh menggunakannya untuk acara lain seperti majlis perkahwinan atau pada tahun-tahun hadapan."
Menurut Encik Goh lagi, para pelanggan sanggup membayar lebih untuk corak sampul yang malar segar, asalkan juga ia berkualiti tinggi.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.