Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sampul hongbao edisi terhad Tahun Arnab di 39 muzium mulai 6 Jan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sampul hongbao khas sempena Tahun Arnab mengikut kalendar Cina akan dijual di 39 muzium, pusat warisan dan galeri menjelang Tahun Baru Cina, kata Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Selasa (3 Jan).

Pengunjung boleh mendapatkan sampul khas itu sepanjang Kempen Hongbao Tahun Baru Cina selama sebulan bermula Jumaat (6 Jan) dan berakhir pada 3 Feburari.

Setiap pengunjung boleh mendapakan satu set yang mengandungi lapan sampul di setiap muzium yang mengambil bahagian sementara stok masih ada.

Ia merupakan kali ke sembilan NHB melancarkan kempan tersebut. Tahun lalu, sampul  wang Tahun Harimau ditawarkan di 35 muzium yang mengambil bahagian.

Berikut senarai muzium yang mengambil bahagian:

Muzium ArtScience
Muzium Tamadun Asia
Muzium Kanak-kanak Singapura
Pusat Warisan Cina
Galeri Warisan Serani
Belas Kilang Ford 
Fort Siloso
Galeri Warisan Geylang Serai
Galeri HDB LIVINGSPACE
Pusat Warisan India
Galeri Warisan Kreta Ayer
Galeri Warisan Hospital Kwong Wai Shiu
Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Lee Kong Chian
MINT Museum of Toys
Pusat Warisan MOE
Galeri Nasional Singapura
Perpustakaan Negara Singapura
Pusat Pengunjung NEWater
NUS Baba House
Muzium NUS
Muzium Peranakan
Muzium Reka Bentuk Red Dot
Pusat Sains Singapura
Muzium Seni Singapura
Warisan Kebun Bunga Singapura
Muzium dan Galeri CDL Green
Galeri Bandar Singapura
Muzium Syiling dan Wang Kertas Singapura
Pusat Teroka Singapura
Galeri Mobiliti Singapura
Muzium Kotak Muzik Singapura
STPI - Bengkel & Galeri Kreatif
Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen
Galeri Kemampanan Singapura @ Bendungan Marina
Muzium Warisan Hospital Tan Tock Seng
Muzium Permata
The Intan
Muzium SGH
Muzium Woodbridge

Edisi koleksi terhad mengandungi dua set penuh 39 reka bentuk sampul hongbao itu serta reka bentuk khas untuk menandakan ulang tahun ke-30 NHB juga akan dijual.

Album itu berharga S$88 dan orang ramai boleh membuat pendaftaran awal untuk slot pembelian di Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen pada 14 atau 15 Januari, atau membelinya  pada 20 Januari. Pendaftaran untuk membuat pembelian  dibuka pada pukul 10.00 pagi, 9 Januari di laman web Evenbrite.

Ia merupakan kali kedua NHB menghasilkan album koleksi khas itu, dan tahun ini, sebanyak 450 album dijual, lebih dari pada 350 pada tahun lalu.

Sumber : CNA/AE/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan