Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

‘Sampah’ ini timbulkan masalah kepada Majlis Bandaran Nee Soon; inilah tindakan bagi tanganinya

Majlis Bandaran Nee Soon sedang memperhebatkan usahanya untuk menangani kes pembuangan sampah sembarangan di sebuah blok perumahan di Yishun.

Anggaran Waktu Membaca:
‘Sampah’ ini timbulkan masalah kepada Majlis Bandaran Nee Soon; inilah tindakan bagi tanganinya

Kawasan perumahan di sekitar Nee Soon. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 07 Sep 2019 09:06AM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 09:09AM

SINGAPURA: Majlis Bandaran Nee Soon sedang memperhebatkan usahanya untuk menangani kes pembuangan sampah sembarangan di sebuah blok perumahan di Yishun. Ini dengan menampal notis-notis dalam lif dan menggesa para penduduk supaya melaporkan para pesalah kepada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

"Pihak majlis bandaran sudah menerima maklum balas mengenai kes pembuangan sampah sembarangan di blok ini," menurut satu notis yang bertarikh 4 Sep, di Blok 841 Yishun Street 81, sambil menambah bahawa "sampah yang paling kerap" dibuang sembarangan adalah lampin wanita.

"Perbuatan tidak bertimbang rasa ini menyebabkan kawasan para penduduk yang tinggal di tingkat bawah, menjadi kotor dan boleh membahayakan nyawa para pejalan kaki di bawah," menurut notis tersebut.

Majlis bandaran itu merayu kepada para penduduk supaya bersikap waspada terhadap kes pembuangan sampah dari kawasan tinggi dan melaporkan para pesalah kepada NEA menerusi emel atau talian hotline.

"Perbuatan sedemikian yang tidak bertanggungjawab dan anti-sosial tidak boleh diteriima sama sekali dan langkah penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap para pesalah," menurut majlis bandaran tersebut.

Tindakan tersebut diambil menyusuli sidang Parlimen pada Rabu, di mana Anggota Parlimen bagi GRC Nee Soon, Cik Lee Bee Wah membangkitkan isu lampin wanita yang dibuang sembarangan di kawasan undi berkenaan, sekali gus mempersoalkan keberkesanan kamera pengawasan dan menyarankan ujian DNA untuk melaksanakan langkah penguatkuasaan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan