Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sameer antara lebih 400 kanak-kanak Muslim diberi sokongan penting oleh Club Rainbow

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mohamed Sayed Sameer Abdul Kadir berada di bawah jagaan kebajikan sejak berusia setahun lagi, apabila dia didiagnosis dengan sejenis kegagalan buah pinggang - 5 Vesicoureteral Reflux.

Pada usia 12 tahun, Sameer diuji dengan masalah semput pula dan kerap keluar masuk hospital disebabkan keadaan kesihatannya.

Kini, Sameer sudah berusia 19 tahun dan keadaannya semakin baik namun masih perlu berulang alik ke hospital setiap enam bulan sekali untuk menjalani pemeriksaan.

Ramadan kali ini pula, keluarga Sameer sekali lagi berdepan ujian apabila bapanya kehilangan pekerjaan setelah cedera di tempat kerja dan perlu menjalani pembedahan selepas bulan puasa.

Sameer adalah antara lebih 400 kanak-kanak Muslim tempatan yang mengalami penyakit kronik yang disokong oleh Club Rainbow. Jumlah itu sepertiga daripada penerima bantuan persatuan tersebut.

"Keluarga kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik berdepan tekanan emosi, kewangan dan jangaan jangka panjang untuk menjaga anak-anak mereka.

"Kami menyediakan sokongan penting kepada keluarga-keluarga ini di bawah lima teras: Campur tangan kerja sosial, campur tangan terapi, sokongan pendidikan, pembangunan seni dan vokasional untuk membantu mereka memperkaya kehidupan," menurut Club Rainbow dalam kenyataan medianya hari ini (20 Apr).

Menerusi sumbangan anggota masyarakat, Club Rainbow menyediakan makanan dan lampin pakai buang kepada keluarga Sameer semasa dia masih kecil. Kini, keluarganya disokong menerusi baucar setiap bulan serta barangan keperluan lain dan dermasiswa tahunan bagi pendidikan Sameer.

<p>Gambar: Club Rainbow</p>

SUMBANGAN MASYARAKAT DIALU-ALUKAN

Bulan Ramadan adalah masa yang terbaik untuk lebih bersikap belas ihsan kepada orang lain, terutama sekali kepada mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang berdepan kesukaran, dengan menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga seperti keluarga Sameer.

Anggota masyarakat boleh menghulurkan bantuan untuk meringankan sedikit beban dan menyuntik keceriaan kepada keluarga-keluarga itu dengan membuat sumbangan kecil menerusi kempen online Club Rainbow.

Sumbangan anda boleh dibuat di laman giving.sg ini.

Club Rainbow merupakan sebuah pertubuhan bukan untuk keuntungan, yang ditubuhkan pada 1992 untuk memberikan khidmat kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik serta keluarga mereka.

Kanak-kanak yang dibantu oleh Club Rainbow semuda bayi yang baru lahir sehingga remaja berumur 20 tahun.

Ramai dalam kalangan kanak-kanak itu memerlukan rawatan secara kerap di hospital, terapi yang rumit dan ubat jangka panjang.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan