Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sambutan tahun baru 2023 penuh gilang gemilang

Sambutan ambang tahun baru 2023 di Marina Bay diraikan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran kira-kira 500,000 orang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sambutan ambang tahun baru 2023 di Marina Bay diraikan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran kira-kira 500,000 orang.

Kemeriahan hangat terasa dengan orang ramai ghairah berpesta sepanjang malam untuk meraikan tahun baru selepas lebih dua tahun dirundung COVID-19.

Mereka turut dihiburkan dengan konsert Mediacorp 'Let’s Celebrate 2023' di The Promontory.

Konsert ekstravaganza selama lebih sejam itu menampilkan barisan artis tempatan dan rantau ini seperti penyanyi popular dari seberang tambak Shila Amzah.

"Ini memang merupakan kali pertama saya berada di Singapura untuk Tahun Baru dan untuk persembahan pentas di luar ini memang kali pertama dan saya berasa sangat seronok, ramai penonton yang ada di luar sana," kata Shila Amzah kepada BERITAmediacorp.

Turut tampil membuat persembahan adalah penyanyi veteran yang tidak asing lagi Rahimah Rahim.

"Rasanya tahun ini sangat berbaloi sebab kita tidak ada acara ini beberapa tahun yang lepas jadi ini katanya sesuatu yang kita ada seperti masa-masa dulu.

"Jadi dapat bersama dengan rakyat majmuk di sini, seronoklah dapat bersama kawan-kawan dan mereka yang menonton di rumah juga.

"Saya harap 2023 akan bertambah lebih baik untuk semua kesihatan orang di sini dan supaya pandemik ini dapat 'diswipekan'! Selamat Tahun Baru!" kata beliau.

Pesta menyambut 2023 sampai ke kemuncaknya dengan pertunjukan bunga api berwarna warni selama tujuh minit.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan