Sambutan Tahun Baharu: Polis tutup akses ke 6 kawasan di Marina Bay kerana keadaan sesak
Anggaran Waktu Membaca:

Orang ramai di kawasan Marina Bay, 31 Dis 2024.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (31 Dis) menutup sebahagian kawasan Marina Bay disebabkan "keadaan semakin sesak dengan orang ramai" menjelang acara kiraan detik Tahun Baharu.
Kawasan yang ditutup ialah Jambatan Jubilee, Jambatan Helix, kawasan persisiran Merlion, Fullerton, Esplanade dan Marina Bay Sands..
Singapura menyambut Tahun Baharu dengan acara ONE Countdown 2025 - yang pertama dalam beberapa acara meraikan ulang tahun ke-60 kemerdekaan negara.
Acara sambutan diadakan di beberapa lokasi, termasuk Marina Bay, Hab Sukan Singapura dan di kawasan-kawasan kejiranan.
Polis sebelum itu menyatakan pihaknya menjangkakan jumlah besar orang ramai untuk menyertai acara-acara yang dianjurkan di kawasan Marina Bay dan Kallang Basin.
Polis menggesa orang ramai supaya memeriksa Crowd@MarinaBay dan Crowd@Kallang bagi mendapatkan maklumat masa nyata mengenai kesesakan, kawasan yang ditutup dan pengangkutan yang disediakan.
Menurut SPF minggu lalu, pihaknya akan mengawal jumlah orang yang memasuki The Promontory, Merlion Park, Esplanade Park, Esplanade Waterfront Promenade, Marina Bay Sands Waterfront Promenade dan kawasan lain di Marina Bay.
Langkah-langkah kawalan kesesakan serupa juga dilaksanakan di Stadium Roar dan Pusat Sukan Air di Kallang Basin.
Memandangkan beberapa batang jalan raya ditutup kepada kenderaan, orang ramai dinasihatkan menaiki pengangkutan awam, untuk ke kawasan Marina Bay.
Pintu masuk dan keluar di stesen MRT tertentu akan ditutup untuk mengawal aliran orang ramai bagi untuk mengelak kesesakan, menurut polis, sambil menambah bahawa kereta api mungkin tidak berhenti di stesen-stesen terjejas untuk menguruskan pergerakan orang ramai.
Menjelang acara, polis menyatakan pemeriksaan beg akan dilakukan.
Polis juga menggesa orang ramai supaya terus berada dekat dengan rakan-rakan mereka dan awas terhadap pencopet dan pencabul kehormatan.
orang ramai juga harus memastikan beg mereka sentiasa ditutup dan digendong di bahagian depan badan. Dompet tidak seharusnya diletakkan di kocek belakang.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.