Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sambutan NDP kembali ke kawasan kejiranan di 12 lokasi

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sambutan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini kembali diadakan di kawasan-kawasan kejiranan.

Orang ramai boleh menjangkakan pelbagai acara menarik dan lebih gah di 12 lokasi, termasuk lima karnival mega, pada hujung minggu menjelang sambutan ulang tahun negara yang ke-57.

Karnival-karnival berskala besar akal diadakan di pada 6 dan 7 Ogos di kawasan Tengah, Timur Laut, Barat Laut, Tenggara dan Barat Daya.

Setiap karnival menjanjikan pelbagai persembahan dan aktiviti menarik yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Antaranya termasuk pameran seni oleh anggota masyarakat dan aktiviti menggunakan teknologi realiti tambahan.

Demikian didedahkan di satu sidang media di ibu pejabat Persatuan Rakyat pada Rabu (13 Julai).

Pengerusi Jawatankuasa NDP 2022 di Kawasan Kejiranan Kolonel Kwek Kian Leong, berkata: "Sejak dua tahun lalu, unsur-unsur tertentu Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) telah dibawa ke kawasan-kawasan kejiranan dan ia sangat dihargai rakyat Singapura.

"Tahun ini, kami mengekalkan elemen-elemen tersebut dan menganjurkan sambutan lebih besar di kawasan-kawasan kejiranan."

Karnival Barat Daya di Buona Vista misalnya turut meraikan "bintang-bintang" masyarakat seperti Encik Suheimi Enan dan Encik Abdul Rahman.

Apabila pandemik COVID-19 melanda, kedua-dua Encik Suhaemi dan Encik Abdul Rahman memulakan inisiatif "Masyarakat Islam Jurong West" untuk membantu penduduk yang memerlukan.

Gambar: Rosli A Razak
15 hingga 20 buah keluarga menerima habuan dua kali dalam sebulan.

"Apa yang kita lihat yang kebanyakan dah warga tua dan kebanyakan keluarga yang memerlukan bantuan.

Walaupun bukan dari segi mata wang, kita memberi mereka barang-barang keperluan dapur, keperluan harian seperti beras, gula tepung dan sebagainya untuk mereka nikmati bersama keluarga," kata Encik Suhaemi, seorang pemandu Grab .

Usaha murni mereka masih lagi diteruskan hingga ke hari ini.

"Saya rasa gembira kerana sekurang-kurang dapat memberitahu pada semua jiran jiran di kawasan saya mengenai penglibatan kami. Insya-Allah dengan penampilan saya di sini kemungkinan banyak lagi rakan-rakan ataupun penduduk di sana akan membantu," kata Encik Abdul Rahman yang bertugas sebagai seorang pegawai keselamatan.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket karnival secara percuma mulai 10 pagi esok (14 Jul) di semua kelab masyarakat.

Selain karnival, pasukan payung terjun Red Lions akan membuat aksi terjunan di estet Ghim Moh dan Bishan sekitar jam 9 pagi pada 7 Ogos.

Pada Hari Kebangsaan pula, helikopter Chinook akan melakukan terbang lalu di estet-estet perumahan.

Enam jet pejuang F-16 akan turut terbang melalui kawasan kejiranan dengan membuat formasi Delta antara 5.50 petang dan 6.15 petang.

Para penduduk juga boleh menikmati pertunjukan bunga api pada sebelah malam di Stadium Jurong West, Stadium Woodlands, Stadium Bedok, bekas tapak Maktab Rendah Tampines dan kawasan tanah lapang di hadapan Perpustakaan Ang Mo Kio.

Semua lokasi itu akan dibuka kepada orang ramai pada jam 6 petang pada 9 Ogos.
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan