Sambutan NDP di Marina Bay tawar lebih banyak tayangan langsung
Para pengunjung boleh menjangkakan lebih banyak tayangan secara langsung dan satu jejak meneroka sempena sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang diperluaskan tahun ini di sekitar kawasan Marina Bay.
Antara aktiviti-aktiviti NDP yang diadakan di kawasan Marina Bay termasuk Terbang Lalu Bendera Negara dari helikopter, pertunjukan oleh pasukan penyelam daripada Angkatan Laut Republik Singapura, serta satu paparan maritim.
Pada 2 dan 9 Ogos, tayangan langsung perbarisan akan bermula pada pukul 5.30 petang di Taman Merlion, Plaza Acara Marina Bay Sands dan Teater Luar Esplanade.
Pada kedua-dua tarikh tersebut juga, 5,000 peserta pertama yang dapat menamatkan jejak meneroka di sekitar kawasan Marina Bay boleh menebus satu Pek NDP.
Mereka yang berada di kawasan Marina Bay juga boleh menikmati persembahan seorang pemain biola berusia 11 tahun, Anastasha Suchin.
"Saya pilih lagu-lagu kegemaran tempatan untuk mengingatkan tentang di mana kita bermula, kerana kebanyakannya adalah lagu-lagu lama. Lagu-lagu Hari Perbarisan bertujuan menunjukkan sambutan NDP terdahulu, sejauh mana pencapaian sejak itu serta perjalanan Singapura yang masih panjang, kerana yang terbaik masih berada di hadapan, benar?" kata pemain biola muda itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.