Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sambutan NDP 2022: Proses masuk ke Pentas Terapung Marina Bay berjalan lancar

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Berpeluang menyaksikan sendiri Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Pentang Terapung Marina Bay merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan setiap rakyat Singapura.

Maka tidak hairanlah jika ada yang sanggup datang awal-awal lagi sebelum NDP bermula.

NDP secara rasminya bermula pada sekitar pukul 5.00 petang.

Namun seawal pukul 2.30 petang orang ramai sudah mula beratur untuk masuk ke Pentas Terapung Marina Bay.

Antara sebab yang dikongsi penonton kepada BERITAmediacorp ialah untuk mengelak kesesakan dalam MRT nanti.
Seorang lagi berkata: “Kalau boleh kami mahu duduk di bahagian depan. Jadi boleh nampak lebih jelas kerana ini kali pertama, kami dapat tiket untuk menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan.”

Sekitar 25,000 penonton mengisi Pentas Terapung Marina Bay bagi meraikan Hari Kemerdekaan Singapura ke-57. Bagi memastikan barang-barang terlarang tidak dibawa masuk dan tiada perkara tidak diingini berlaku, setiap penonton perlu menjalani pemeriksaan termasuk alat pengesan logam dan imbasan x-ray.

Proses pemeriksaan keselamatan juga lebih ketat dengan pegawai keselamatan turut dikerahn ke kawasan sekitar Marina Bay.
Sepanjang kru BERITAmediacorp berada di kawasan pemeriksaan, prosesnya berjalan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah.

Malah, keutamaan masuk diberikan bagi golongan kurang upaya.

“Proses nak masuk tadi sebenarnya senang sebab mereka beri lorong ekspres untuk orang-orang yang berkeperluan khas. Cepatlah," kata seorang penonton yang berkerusi roda.”

“Prosesnya senang. Kami dibimbing oleh pegawai. Amat lancar dan senang,” tambah seorang lagi penduduk.
Selepas proses pemeriksaan keselamatan, setiap penonton diberi pek NDP masing-masing.

Sebelum jam 5 petang, hampir kesemua penonton sudah tiba di Pentas Terapung Marina Bay untuk menyaksikan pertunjukan NDP terbesar dalam tiga tahun.
Sumber : BERITA Mediacorp/NA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa