Sambutan meriah Tahun Baru Cina kembali ke Chinatown setelah 2 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Sambutan Tahun Baru Cina kembali diadakan secara fizikal di Chinatown pada 2023 setelah dua tahun disambut secara maya. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Sambutan Tahun Baru China kembali disambut dengan penuh kemeriahan di Chinatown menjelang Tahun Arnab setelah dua tahun ditiadakan.
Beberapa persembahan membuka tirai acara penyalaan lampu di Chinatown, termasuk tarian singa, pertunjukan seni mempertahankan diri dan persembahan lagu oleh artis Mediacorp Ayden Sng.

Acara penyalaan lampu Tahun Baru Cina di Chinatown kemudian dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo.
Dalam ucapannya semasa upacara pelancaran tersebut, Encik Wong mengimbas kembali kebingkasan rakyat Singapura dalam mengharungi cabaran pandemik. Beliau menyentuh tentang adanya peluang-peluang baru untuk berkembang maju sungguhpun dalam kesusahan.
"Jika kita kekal bersatu padu sebagai sebuah negara, jika kita bekerjasama sebagai satu rakyat, seperti mana kita sudah lakukan sepanjang tiga tahun dalam menangani COVID-19, saya yakin kita boleh bersama-sama membina masa depan lebih cerah dan Singapura yang lebih baik," kata Encik Wong.
MENJAGA KESELAMATAN
Memandangkan lebih ramai pengunjung dijangkakan di Chinatown sempena musim perayaan tahun ini berbanding dua tahun lalu, Jawatankuasa Pesta Chinatown mengingatkan orang ramai supaya berkunjung pada siang hari dan pada hari biasa untuk mengelak kesesakan.
Para pegawai polis tambahan dan pengawal keselamatan akan dikerahkan untuk mengurus kesesakan di kawasan berkenaan.
"Sekiranya terdapat terlalu ramai pengunjung, akses ke Pagoda Street, Trengganu Street dan/atau Temple Street akan disekat untuk menjaga keselamatan awam," menurut jawatankuasa tersebut.
"Semua pengunjung diingatkan supaya menjaga barangan masing-masing dan kekal berwaspada terhadap para pencabul kehormatan, penyeluk saku dan pencuri ketika menikmati suasana perayaan.
"Para pengunjung juga sepatutnya meletakkan sampah mereka ke dalam beg plastik dan membuangnya di tong-tong sampah berdekatan demi Singapura yang bebas sampah."
Atur acara penuh perayaan di Chinatown boleh diperolehi di laman chinatownfestivals.sg

Sumber : CNA/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.