Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sambutan Hari Raya Istimewa dengan sajian makanan Itali

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Ravioli hitam, roti crostini dengan keju burrata dan Panna Cotta bukan jenis makanan yang biasa dihidangkan sewaktu Hari Raya.

Namun itulah menu istimewa di acara "rumah terbuka' anjuran Restoran Itali Porta Porta pada Ahad (7 Mei).

Majlis 'Raya Italia With Rozianah' itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-30 restoran yang terkenal dengan makanan asli Itali Selatan.

"Kami berfikir sekarang waktu bulan Hari Raya Aidilfitri, jadi kenapa tidak kami menyambut bersama-sama dengan keluarga, dan juga pelanggan saya yang sudah saya kenali sejak sekian lama, dalam 30 tahun ini," kongsi pemilik dan cef restoran itu, Cik Rozianah Baharudin.

Lebih 50 tetamu hadir, kebanyakannya pelanggan tetap.

Gambar: Khidir Surattee

Salah seorang daripadanya ialah Cik Fauziah Mirza.

"Saya memang sudah lebih daripada 20 tahun melanggani restoran Porta Porta dan bila ia memberi peluang untuk beraya secara Italia, pada saya, ia boleh merangkumi apa bangsa, apa adat."

"Tidak banyak restoran di Singapura yang boleh bertahan sehingga 30 tahun. Jadi saya rasa terhormat sekali untuk berada di sini," tambah beliau.

Seorang lagi pelanggan lama ialah Encik Sultan Ahmad Khan datang lengkap berbaju Melayu.

Bagi Encik Sultan, restoran itu menjadi saksi kepada pelbagai memori indah buat dirinya dan isteri.

"Porta Porta adalah tempat yang istimewa untuk kami, ia adalah tempat di mana kami makan bersama, melamar, adakan majlis keluarga, sambut hari jadi dan juga restoran pertama yang saya bawa anak kami. Jadi ia adalah tempat yang sangat istimewa untuk kami, mempunyai banyak makna, dan banyak kenangan untuk kami. Kak Rozie, (sudah) lebih seperti sebuah keluarga," kongsi Encik Sultan.

Gambar: Khidir Surattee
Sambil menjamu selera, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan khas Cik Rozianah yang mendendangkan beberapa lagu Hari Raya dan lagu-lagu hits lamanya.
Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan