Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah kembali meriah; TMJC catat sejarah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sambutan Hari Kebangsaan di sekolah-sekolah merata Singapura kembali meriah selepas dua tahun.

Para pelajar juga dapat menyambut ulang tahun negara secara bersama-sama.

Selain upacara perarakan, persembahan konsert dan aktiviti-aktiviti menarik turut dianjurkan.

Sambutan di Maktab Rendah Tampines Meridian pula disemarakkan dengan persembahan pancaragam dan diiringi nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai.

--

Sekitar 1,400 pelajar Maktab Rendah Tampines Meridian berkumpul di padang sekolah bagi meraikan Hari Kebangsaan.

"Hari Kebangsaan di TMJC tahun ini pastinya amat istimewa. Tahun lalu kami terbatas menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah disebabkan oleh langkah-langkah keselamatan COVID-19," kata naib Pengetua TMJC, Cik Pang Lay Har.

Lebih istimewa lagi, TMJC turut mencatat sejarah dan ia dirakam dalam Buku Rekod Singapura bagi rekod baru jumlah bekas kanta lekap paling banyak Singapura dan dibentuk menjadi sebuah arca.

Sejak April lalu, hampir 5,000 bekas kanta lekap dikumpul.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan bagi membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar, selaras dengan moto sekolah - 'Be Better Together, United As One'.

Ini antara luahan beberapa pelajar mengenai sambutan di sekolah hari ini.

"Pada tahun ini lebih meriah. Kita dapat lihat di sini ada banyak permainan yang ada dan kita dapat bersama-sama. Pada tahun lepas kita hanya menyambutnya dalam kelas kita," kata El'yez Mu'arif, pelajar tahun kedua.

Bagi pelajar Nur Humairah Jamaludin Bawany pula, perkara yang paling digemarinya adalah suasana sambutan di sekolah yang riuh-rendah.

"Saya berasa sangat teruja kerana berbanding dengan tahun lepas, kita tidak dapat meraikan sambutan ini secara besar-besaran. Itu adalah sesuatu yang saya sangat rindukan kerana saya rasa ia adalah bukan sahaja sambutan tetapi mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan sekelas kami dan sebagai satu maktab dapat menggabungkan usaha untuk meraikan sambutan ini,"menurut Nur Humairah Jamaludin Bawany.

"Saya gembira dengan sambutan kerana saya sekarang boleh menyambut dengan kawan-kawan saya semua di sekolah secara bersemuka," kata Muhammad Zaki Rozami.

LEBIH 5,000 PELAJAR BERKUMPUL DI VJC

Sambutan Hari Kebangsaan di Maktab Rendah Victoria juga tidak kurang gahnya.

Selepas ditiadakan selama dua tahun dek pandemik COVID-19, lebih 5,000 pelajar dari tiga sekolah gabungan VCA juga dikenali sebagai 'Victoria Cedar Alliance' berkumpul pagi tadi (8 Ogos).

Bagi menceriakan lagi sambutan Hari Kebangsaan, para pelajar turut bekerjasama untuk melakukan formasi berbentuk "VCA love SG".

--
(Gambar: Jennifer Chen)
Selain itu, para pelajar turut dihiburkan dengan persembahan konsert.

Pelajar tahun kedua, Adam Faiq Ahmad Ismadi berkongsi dengan BERITAmediacorp bahawa sambutan kali ini pastinya akan meninggalkan kenangan manis bagi semua.

--

Adam berkata: "Suasana lebih meriah dan ceria apabila kita dapat berkumpul begini. Kita dapat beramah-mesra dengan rakan-rakan, menyanyi dan meraikan hari kebangsaan bersama-sama sambil mengukuhkan identiti kami sebagai rakyat Singapura."

Seorang lagi pelajar yang dikenali sebagai Bernice Yip Xin Yi juga merindukan suasana sambutan beramai-ramai dengan rakan sekolah.

"Saya amat bersyukur dapat menyambut hari kebangsaan beramai-ramai. Lebih-lebih lagi kerana saya kini menuntut di J2 dan ini mungkin kali terakhir saya dapat menyambutnya di sekolah," luah Bernice Yip Xin Yi, yang merupakan komander perarakan hari ini.

Kesemua pelajar akan bercuti selama dua hari - bermula esok (9 Ogos) dan lusa.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan