Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sambutan hambar apabila Jewel dibuka semula selepas lebih sebulan

Setelah lebih sebulan ditutup ekoran penularan COVID-19, sambutan pada hari pertama pembukaan semula Jewel pada Isnin (14 Jun) kelihatan hambar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2021 07:12PM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 12:56AM

SINGAPURA: Sekitar 10 pelanggan dilihat sedang menunggu di luar kedai Rich & Good Cake Shop di Jewel Lapangan Terbang Changi beberapa minit sebelum ia dibuka pada Isnin (14 Jun).

Sudah lebih sebulan sejak kedai-kedai ditutup, apabila Jewel dan terminal-terminal penumpang ditutup kepada orang ramai pada Mei untuk mengawal penularan jangkitan COVID-19 di Lapangan Terbang Changi.

Jewal pada awalnya dijadual dibuka semula pada 27 Mei, namun tempoh penutupannya dilanjutkan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG) sebagai "langkah waspada tambahan".

"(Pengunjung) sebenarnya lebih ramai daripada yang kami jangkakan, kami menjangkakan tempat ini lengang kerana makan di luar masih tidak dibenarkan," kata Cik Jerelyn Foo, pengurus media dan operasi syarikat itu.

"Namun ia pasti lebih lengang berbanding dengan jumlah pengunjung yang kita lihat sebelum penutupannya," tambah beliau.

Kedai jam tangan mewah Sincere Watch di Jewel hampir kosong, ketika Mediacorp mengunjungi pusat beli-belah itu antara 11.30 pagi hingga 3.00 petang.

"Saya tidak hairan kerana ini baru hari pertama dibuka dan orang ramai baru mengetahui mengenai perkara ini maka itu ia memerlukan masa untuk mereka kembali yakin melanggani pusat beli-belah dan berbelanja di sini," kata Encik Kenneth Tan, pengurus operasi kanan syarikat itu.

Sementara itu, sebilangan kecil penonton filem dilihat keluar masuk dari Shaw Theatres Jewel.

"Ini pagi Isnin biasa, jadi agak sunyi," kata Encik Mark Shaw, pengarah Shaw Organization.

"Kami sangat gembira dapat dibuka semula dan kami berharap, dengan usaha pemasaran yang baik oleh pihak Jewel dan pasukan kami, serta beberapa filem Hollywood lebih popular yang bakal ditayangkan dalam masa beberapa minggu akan datang, perniagaan akan kembali rancak," tambah beliau.

JEWEL LANJUTKAN SOKONGAN SEWA

Pada Isnin, Jewel mengumumkan bahawa pihaknya akan melanjutkan pengecualian sewa penuh selama lagi seminggu sehingga 20 Jun. Sebelum ini, sewa hanya diketepikan untuk sepanjang tempoh penutupan pusat beli-belah itu.

Antara 21 Jun hingga 27 Jun, para penyewa di Jewel juga akan menerima "sokongan" sewa, menurut pusat beli-belah itu tanpa mendedahkan nilai bantuan yang akan dihulurkan.

Sokongan tambahan itu disambut baik oleh para penyewa yang dihubungi Mediacorp, yang berkata bahawa ia akan mengambil sedikit masa sebelum para pelanggan akan kembali berkunjung.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan