Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sambungan latihan SAF di NZ dibincang susuli pelonggaran sekatan COVID-19

Singapura dan New Zealand hari ini (14 Jun) membincangkan penyambungan semula latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di New Zealand.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2022 07:22PM Dikemas Kini : 14 Jun 2022 11:48PM
SINGAPURA: Singapura dan New Zealand hari ini (14 Jun) membincangkan penyambungan semula latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di New Zealand.

Ini menyusuli pelonggaran pelbagai sekatan COVID-19 di sana.

Perkara itu dibincangkan semasa lawatan pengenalan Setiausaha Pertahanan New Zealand, Andrew Bridgman ke Singapura.

Beliau bertemu Setiausaha Tetap Pertahanan Chan Heng Kee pagi tadi.

Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau dan antarabangsa.

Encik Bridgman juga mengunjungi Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan mereka mengesahkan lagi hubungan pertahanan dua hala yang kukuh.
Sumber : CNA/DY/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa